Sony telah melancarkan trailer terbaru Sicario 2: Days of the Soldado, kali ia memaparkan aksi-aksi ‘intense’ dari Matt Graver (Josh Brolin) dan Matt Graver. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawa.
Sicario: Day of the Soldado, mengisahkan ejen CIA, Matt Graver (lakonan Josh Brolin) dan rakannya Alej andro (Benicio Del Toro) kembali bersatu bagi menghapuskan memerangi penyeludupan dadah di sempadan US dan Mexico. Kini mereka berhadapan dengan misi yang lebih hebat apabila Kartel dadah cuba menyeludup masuk pengganas ke negara US.
Selain Josh Brolin dan Benicio Del Toro, filem ini juga dibintangi Isabela Moner (Transformers: The Last Knight), Jeffrey Donovan (Burn Notice, Fargo), Manuel Garcia-Rulfo (The Magnificent Seven, Murder on the Orient Express), dan Catherine Keener (Get Out, The 40-Year-Old Virgin). Emily Blunt tidak kembali dalam filem ini walaupun sekadar watak cameo kerana kisahnya telah tamat dalam filem pertama.
Sicario 2: Soldado diarahkan oleh pengarah Itali, Stefano Sollima dan ditulis oleh Taylor Sheridan. Filem sekuel ini dijadualkan menemui penonton pada 29 Jun 2018
.