Akhirnya, Wolverine Kembali Dari Kematian

Selepas penamat siri Marvel Secret War, Marvel telah mengeluarkan satu lagi isu terbaru yang bakal mengubah landskap siri-siri komik Marvel Earth-616 iaitu Marvel Legacy. Komik berkenaan akan menceritakan tentang Avengers pertama yang telah wujud sejak sejuta tahun sebelum masehi dan kaitan antara superhero terawal itu dengan yang sekarang.

Beberapa keratan dari komik berkenaan telah didedahkan kepada pembaca dan yang paling menarik sekali kemunculan lelaki misteri dalam keratan komik tersebut. Ramai peminat berspekulasi bahawa lelaki tersebut adalah Wolverine yang telah mati dalam siri komik Death of Wolverine yang diterbitkan pada tahun 2014.

Kini komik Marvel Legacy isu #1 telahpun berada dipasaran (anda boleh beli komik digital disini) dan lelaki misteri yang telah muncul dalam keratan komik tersebut nyata benar adalah Wolverine. Karakter popular dan paling ikonik Marvel kini telah kembali dari kematiannya!

Dalam siri Death of Wolverine, Wolverine telah menemui ajalnya apabila keseluruhan badannya telah diselaputi logam adamantium dan tidak boleh bernafas sehinggalah dia menemui ajalnya. Walaupun Wolverine mempunyai abiliti untuk sembuh, tetapi dalam siri tersebut, dia telah kehilangan healing factor yang menyebabkan proses untuk menyembuh sangat perlahan dan seperti yang kita tahu, hanya satu cara sahaja untuk membunuh mutant yang mempunyai abiliti untuk menyembuh, iaitu dengan melemaskannya – seperti mana yang dilakukan oleh Wolverine semasa membunuh anaknya, Daken

Dalam Marvel Legacy #1, Jean Grey merasakan sesuatu telah kembali dari mati. Perasaan ingin tahunya itu telah membawanya ke sebuah Kabin yang berada ditempat yang sangat terpencil. Sampainya disana, dia dapati cocoon adamantium yang meliputi badan Wolverine telah terbelah dua. Walaupun isinya sudah tiada (iaitu Wolverine), Jean Grey gembira apabila perasaannya itu nyata benar, bahawa Wolverine telah kembali dari kematiannya.

Bagaimana Wolverine kembali?

Adakah Wolverine benar-benar mati? atau dia sebenarnya berada dalam keadaan koma? atau event Secret Empire telah menyebabkan perubahan realiti yang membawa kepada kembalinya Wolverine? Siri pertama Marvel Legacy ini menimbulkan persoalan bagaimana Wolverine boleh hidup kembali. Tetapi ia mungkin berkait dengan misi Loki yang ingin mencari infinity Stone.

Siri pertama ini menunjukkan Loki & Frost Giants cuba mencuri salah satu Infinity Stone (iaitu blue germ – Mind Stone) dari S.H.E.I.L.D dan mendakwa cuba ingin menyelamatkan dunia. Tetapi Wolverine yang kembali hidup, berjaya memintas usaha Frost Giants untuk mencuri Mind Stone apabila berada ditempat itu terlebih dahulu dan dapat mencari Mind Stone dengan mudah. Ia menimbulkan persoalan kepada pembaca bagaimana Wolverine dapat tahu dimana tempat tersembunyinya Mind Stone dengan mudah? Kemungkinan besar, Wolverine dihidupkan kembali oleh seseorang dan Wolverine menjalankan misinya mendapatkan Mind Stone sebelum jatuh ke  tangan Loki. “Seseorang” itu mungkin mempunyai kuasa untuk menghidupkan kembali manusia, seseorang yang memiliki salah satu lagi infinity stone, iaitu Soul Stone.

Siri pertama Marvel Legacy ini meninggalkan banyak persoalan kepada pembaca terutamanya bagaimana Wolverine boleh kembali dan apa yang mahu dilakukannya selepas memiliki Mind Stone. Jadi kepada peminat komik Marvel, anda boleh baca isu pertama ini dengan mendapatkan komik digital yang dijual dilaman web https://comicstore.marvel.com

Sumber: Screenrant & cbr.com

Post Author: Kakimuvee

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *