Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

Akhirnya Sut Superman Berwarna Hitam Didedahkan Dalam “Deleted Scene” Justice League


Selepas berspekulasi tentang kewujudan sut superman berwarna hitam dalam filem Justice League hangat diputarkan oleh peminat-peminat filem DC semasa diawal tayang filem berkenaan, akhirnya sebuah video yang dipercaya babak dipotong dari filem berkenaan telah mendedahkan, sut tersebut sememangnya wujud dalam filem Justice League. 

Sebelum ini, Fabian Wagner yang juga merupakan cinematographer filem berkenaan mengesahkan sut superman berwarna hitam wujud dalam filem Justice League tetapi sebagai ‘easter egg’ sahaja.

Berdasarkan dari babak yang dipotong itu, jelas sekali footage tersebut adalah hasil dari Zack Snyder memandangkan tiada kesan khas pada mulut Henry Cavill. Joss Whedon telah melakukan beberapa reshoot sejurus mengambil alih tugas dari Zack Snyder yang terpaksa melepaskan tugas pengarahnnya disebabkan masalah peribadi.

Babak superman yang berada dalam kapal angkasa Kryptonian dan memilih sut sebelum pergi membantu Justice League menentang Steppenwolf bakal ditunjukkan dalam versi Blu-ray yang akan dilancarkan pada 13 Mac 2018


Related posts

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Video The Nun 2: James Wan Goda Sekuel Yang Terikat Dengan Kisah Conjuring

Kakimuvee

[VIDEO] ‘Oppenheimer’ Sifar CGI Menurut Christopher Nolan

Kakimuvee

Pelakon Suara Anime Jepun Kembali Ke Luatan Dalam Adaptasi Live-Action ‘One Piece’ Netflix

Kakimuvee