Akhirnya Nicolas Cage Berjaya Berlakon Sebagai Superman

0
247
views

Selepas gagal membawakan watak Superman dalam filem yang dibatalkan,Superman Lives, akhirnya Nicolas Cage berjaya juga berlakon sebagai ‘Superman’, tetapi bukan dalam filem ‘live action, hanya dalam filem animasi yang berjudul Teen Titans GO! to the Movies.

Aktor tersebut akan membawakan suara Superman dalam filem animasi tersebut bersama-sama Halsey yang membawakan suara Wonder Woman dan Lil Yachty yang membawakan suara untuk watak Green Lantern.

Pelakon filem The Rock dan National Treasure itu merupakan peminat tegar karakter superhero Superman, malah terpilih untuk membawakan watak tersebut dalam filem Superman Lives arahan Tim Burton sebelum ia dibatalkan.

Kini keinginannya untuk menjadi superman tercapai walaupun hanya dalam filem animasi.

Filem animasi Teen Titans GO! to the Movies diarahkan oleh Peter Rida Michail, Aaron Horvath dan diterbitkan oleh Warner Animation Group. Filem yang bertemakan superhero komedi ini mengisahkan tentang 5 superhero remaja yang ingin muncul dalam filem superhero, tetapi berhadapan dengan penjahat yang ingin menguasai dunia.

Teen Titans GO! to the Movies akan ditayangkan di pawagam US pada 27 Julai 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here