Ahmad Idham Bakal Hasilkan Impak Maksima Underground

0
33
views

Pengarah terkenal tanah air, Ahmad Idham dilaporkan bakal menghasilkan filem aksi perlumbaan terbaru berjudul Impak Maksima Underground. 

Pekara tersebut didedahkan sendiri oleh beliau apabila memuatnaik sekeping gambar dilaman Instagram miliknya hari ini dengan ‘caption’ “The boys are back…. 😎”

Buat masa ini, pengarah tersebut tidak mendedahkan lagi pelakon yang akan membintangi filem ini. Malah tidak diketahui sama ada filem ini adalah sekuel kepada filem Impak Maksima ataupun tidak.

 

View this post on Instagram

 

The boys are back…. 😎 @amywisley16 @norcmalaysia

A post shared by Ahmad Idham (@ahmad_idham) on

Ahmad Idham merupakan pengarah Impak Maksima yang dihasilkan pada 2007. Filem yang bermodalkan RM 1.5 juta itu berjaya meraih RM2 juta sepanjangan tayangannya dan turut dihasilkan dalam versi televisyen yang berjudul Impak Maksima the Series dan Rempit vs Impak Maksima.

Impak Maksima Underground bakal menemui penonton pada 2019.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here