Afdlin Shauki Bidas lembaga penapisan filem Isu Perkataan “Bangsat”

0
422
views

afdlin

Salah seorang artis yang mengaku menjadi ahli Umno membidas Lembaga Penapis Filem sekaligus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penggunaan kata-kata kesat.

Kenyataan itu dimuatnaik oleh pengarah dan pelakon Afdlin Shauki dalam akaun Facebook miliknya malam tadi.

Afdlin mempertikaikan, dirinya sebagai penulis tidak bebas untuk menggunakan ungkapan “bodoh” dalam dialog filemnya. Bagaimanapun di luar bidang perfileman ada ungkapan yang juga dianggap kasar boleh digunakan dan dipaparkan di akhbar.

Afdlin Shauki

Sejak beberapa hari lalu ungkapan “bangsat” menjadi popular selepas ia digunakan Datuk Seri Najib Razak untuk meyakinkan orang ramai bahawa Umno mesti dikekalkan berkuasa di negara ini.

Setakat tengah hari ini, pandangan Afdlin itu mencecah hingga 23169 like dan dikongsi sebanyak 2070 perkongsian.

Reaksi Afdlin dalam Facebook itu dimuatnaik ekoran baru-baru ini negara digemparkan dengan ucapan yang mengandungi kata-kata kesat, dilontarkan oleh Najib yang juga Presiden UMNO.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here