Adiwiraku, Filem Tempatan Yang Wajib Ditonton Tahun ini

Sumber gambar: Facebook Page Adiwiraku

Satu lagi filem berkualiti tinggi tempatan, Adiwiraku bakal menemui penonton pada awal bulan Mac nanti. Filem terbitan Sol Pictures telah pun memuat naik trailer pertama mereka di laman sosial, dan hasilnya ia menerima reaksi positif dari mereka yang telah menontonnya.

Filem yang diangkat daripada kisah benar ini menceritakan tentang perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah.

Filem ini akan menghidupkan kisah pelajar SMK Pinang Tunggal di Sg Petani yang berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun mengetahui peluang yang terlalu tipis untuk menang.

Apa yang menariknya tentang filem ini, mereka menggunakan dialek Utara dalam menghidupkan “feel” sebuah realiti dalam kehidupan seharian pelajar-pelajar sekolah disana.

Sumber gambar: Facebook Page Adiwiraku

Adiwiraku diarahkan oleh Eric Chong dengan lakonlayar oleh Jason Chong, manakala ia dibintangi oleh Sangeetha Krishnasamy, Xavier Fong, Adnin Zidane, Irdina Tasnim, Rizal, Balqis, Fara Safwan, Wan Azlyn (Darling) dikatakan bakal mencipta satu fenomena apabila ditayangkan nanti.

Difahamkan, pelakon yang memegang peranan sebagai pelajar merupakan pelajar sebenar sekolah berkenaan yang menjadi inspirasi filem tersebut.

Walaupun nama-nama yang membintangi filem-filem ini bukanlah dari kalangan bintang filem terkenal tanah air, tetapi melihatkan trailer yang ditunjukkan, filem ini dilihat sangat berpotensi untuk sukses apabila ditayangkan nanti.

So, kepada yang dahagakan filem tempatan yang berkualiti tinggi, nantikan tayangan filem ini yang bakal menemui penonton pada 9 Mac 2017.

Trailer Adiwiraku

Post Author: Kakimuvee

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *