Adi Putra Dipilih Bawa Watak Mat Kilau

0
217
views

Pelakon kelahiran Singapura, Datuk Adi Putra akan membawakan watak pahlawan legenda, Mat Kilau dalam filem mengenai pahlawan tempataan berjudul Mat Kilau. pekara tersebut didedahkan sendiri oleh pengarahnya, Syamsul Yusof semasa sidang media pelancaran filem epik itu di Dataran Karyawan FINAS baru-baru ini.

Selain itu juga, Syamsul Yusof juga menjawab soalan wartawan mengenai pemilihan pelakon utama yang bukan dari kalangan pelakon kelahiran Malaysia.

“Saya hanya melihat kepada kapabiliti pelakon” jawab pengarah tersebut yang percaya kepada Adi Putra yang mampu mengalas tanggungjawab membawakan watak pahlawan Mat Kilau.

Selain itu juga, Adi Putra mendakwa beliau kini mempunyai kad pengenalan biru dan boleh mengundi tahun ini.

Filem Mat Kilau mengisahkan perjalanan pahlawan legenda itu dalam menentang Kapten Syers dan British semasa kurun ke-18 di Tanah Melayu.

Selain Adi Putra, Mat Kilau turut dibintangi Fattah Amin sebagai Awang, Beto Kusyairy sebagai Wahid, Johan As’ari sebagai Yasin, A. Galak sebagai Pak Deris, pendatang baru Ali Karimi sebagai Berahim, serta Farid Amirul dan Nadiya Nisaa.

Mat Kilau juga turut mendapatkan khidmat koreografer terkenal dari Indonesia, Yayan Ruhain yang bertindak sebagai koreografer untuk filem ini dan juga watak pengawal untuk Kapten Syers.

Filem ini akan memulakan penggambaran pada hari ini (1 April) dan akan menelan kos sebanyak RM5 juta. Ia dijangka akan selesai dalam tempoh 2 bulan dan tarikh tayangannya masih tidak lagi diketahui.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here