Adegan Peluk Zul Ariffin dan Ayda Jebat Dikritik

0
753
views

ayda jebat dan zul ariffin

Alasan mahu menghidupkan watak dan jalan cerita bukanlah lesen untuk pengarah filem atau pelakon melakukan aksi-aksi yang boleh menimbulkan kritikan penonton. Kalau diikutkan, ianya seperti sudah menjadi trend pengarah filem melakukan aksi – aksi over mesra seperti berpelukan  dan aksi – aksi lain yang boleh menyinggung perasaan penonton.

Terbaru, lakonan Ayda Jebat dan Zul Ariffin di dalam drama M.A.I.D telah mendapat kritikan penontong ekoran satu adegan di mana pasangan tersebut melakukan aksi berpelukan erat di atas katil. Ramai penonton mula persoalkan kewajaran adegan seperti itu dipaparkan di kaca televisyen.

Baca sinopsis Drama Maid (Astro Ria HD)

Lebih lebih lagi ditayangkan dalam bulan Ramadhan ini, ramai beranggapan yang pihak penerbit drama ini tidak sensitif dan peka dengan situasi semasa majoriti rakyat Malaysia yang kini sedang berpuasa namun dihidangkan pula dengan adegan berpeluk dalam drama.

Jadi saranan kerajaan untuk menapis dan tidak membenarkan adegan – adegan tersebut sangatlah dialu – alukan dan para pengarah dan penerbit drama hendaklah menjaga batas agama dan adab.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here