Adegan Ciuman Terlalu Lama, Spectre Di Ban Di India?

0
227
views

spectre1208141280jpg-398894_1280w

Gempak bukan tajuk? sebenarnya filem terbaru James Bond berjudul Spectre tidak di ban, sebaliknya terdapat babak intim yang dipotong kerana terlalu lama adegan tersebut. Babak yang dimaksudkan adalah babak bercium yang terdapat dalam filem tersebut.

Ini disebabkan kadar jenayah seksual yang tinggi – terutama kes rogol beramai-ramai – di India mungkin mendorong pihak penapisan negara itu bersikap lebih berhati-hati dengan produksi filem.

Filem James Bond, Spectre, antara yang menjadi sasaran Lembaga Penapisan Filem Mumbai meneliti karya itu dengan lebih teliti.

Hasilnya, agensi berkenaan mengarahkan adegan intim membabitkan pelakon Daniel Craig, Monica Belluci dan Lea Seydoux ditapis atas alasan tidak sesuai untuk tontonan umum. Dengan ketetapan itu sekurang-kurangnya empat babak aksi intim dalamSpectre dipotong.

Memetik kenyataan pengerusi lembaga penapisan itu, Pahlaj Nihalni, media melaporkan pihak berkuasa beranggapan babak bercium yang dimaksudkan itu mengambil masa terlalu panjang.

james bond banned

“Sony Pictures terpaksa memotong hingga 50 peratus babak bercium.

“Syarikat pengedaran perlu memilih sama ada menerima penapisan itu dan tayangan dibenarkan, atau memohon sijil A yang akan menyebabkan kerugian,” katanya.

Mengikut undang-undang India, filem dengan kelulusan A – atau untuk tontonan dewasa – dilarang disiarkan di televisyen.

Secara tidak langsung, filem dengan sijil A akan mendapat pasaran tontonan lebih kecil berbanding filem kategori biasa.

Selain memegang jawatan pengerusi lembaga penapisan filem, Pahlaj adalah penerbit filem dan pernah menghasilkan video kempen untuk Perdana Menteri Narendra Modi.

Keputusan agensi itu bagaimanapun menimbulkan bantahan pengkritik di alam maya, malah mereka mendakwa Pahlaj engaja menyekat hak kebebasan bersuara.
Ia juga mengundang pelbagai reaksi sinikal di kalangan pengguna Twitter yang menggunakan hashtag #SanskariJamesBond sebagai langkah menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap lembaga penapisan.

Walaupun India kekal menjadi negara penyumbang kecil kutipan jualan filem Hollywood, untuk sesetengah produksi ia mampu mencatat pungutan lebih lumayan berbanding filem tempatan.

Fifty Shades of Grey yang diadaptasi daripada novel erotik E L James tidak ditayangkan di India walaupun selepas hampir setiap adegan seksual di dalamnya dipotong.

Lembaga penapisan memberi alasan, ia masih tidak sesuai ditayangkan kerana bahasa yang digunakan tidak wajar.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here