Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Adam Warlock Akan Muncul Dalam Marvel Cinematic Universe?


Sesuatu yang agak menarik untuk kami kongsikan kepada peminat-peminat filem Superhero terutamanya kepada yang meminati filem Marvel dan komik-komiknya. Beberapa laman web antarabangsa telah mengeluarkan artikel bahawa salah satu karakter paling popular dan berkuasa dalam dunia Marvel, Adam Warlock akan muncul dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Menarik bukan? Marvel yang merancang untuk mengembangkan lagi franchise Guardians of the Galaxy dilaporkan akan menambah beberapa lagi karakter baru untuk filem terbabit dan salah satunya karakter yang memiliki “Soul Gem” dalam komik Marvel Adam Warlock.

Sebelum ini peminat telah mengeluarkan teori dimana James Gunn telah menunjukan teaser cocoon Adam Warlock yang berada dalam simpanan The Collector dalam filem Guardians of The Galaxy, namun pengarah tersebut dengan pantas menafikan ianya adalah cocoon milik Adam Warlock.

Bagaimanapun dalam temubualnya bersama laman web Slash Film, James Gunn ada mendedahkan yang karakter Adam Warlock sepatutnya ada dalam filem Guardians of the Galaxy sebelum ianya terpaksa dibatalkan penampilannya dalam filem kerana ingin memberi laluan kepada karakter Mantis.

“I love Adam Warlock. He’s one of my favorite characters. In all truth, I wrote an early treatment where I had Adam Warlock as a part…this is your big scoop, because I don’t think I’ve told anybody this… It was Adam Warlock. He was a big part of the screenplay and I realized it was one character too many.”

“I adored the character. I adored what we had done with him. I think we did something really creative and unique with Adam Warlock. But it was one character too many and I didn’t want to lose Mantis and Mantis was more organically part of the movie anyway. So I decided to save him for later.” – James Gunn

Adakah Adam Warlock akan membuat kemunculan dalam Infinity War?

Jawapannya tidak, menurut presiden Marvel Studio, Kevin Feige, karakter tersebut tidak akan melibatkan diri dalam peperangan diantara karakter-karakter baik Marvel dengan Thanos, sebaliknya beliau memberitahu, James Gunn mempunyai perancangan untuk membawa masuk karakter tersebut dalam dunia MCU.


“He’s not. He’s not in ‘Infinity War’. But he will be a part of the future Marvel cosmic universe and a pretty important part of that.” – Kevin Feige

Ditanya filem manakah karakter tersebut akan muncul dalam dunia MCU, president Marvel terbabit tidak mendedahkannya secara specifik, sebaliknya berkata ia kemungkinan akan muncul dalam filem Marvel yang berlatarbelakangkan angkasa lepas.. hmm Guardians of the Galaxy barangkali.

Memandangkan pengarah James Gunn mendedahkan filem ketiga Guardians of the Galaxy sedang dalam proses Development, jadi kita boleh jangkakan mungkin karakter yang berkuasa ini akan muncul dalam filem tersebut, samada sebagai karakter utama ataupun sesi pengenalan dahulu.

Sumber: Movie Pilot


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee