Adakah Thor: Ragnarok Menandakan Kemusnahan Asgard, Dan Kaitannya Dengan Infinity War

Thor: Ragnarok merupakan filem solo ketiga yang menampilkan pengembaraan Thor dalam dunia Marvel Cinematic Universe (MCU). Bagi yang tidak mengetahuinya, filem ketiga Thor ini dikatakan sangat penting dalam fasa ketiga MCU dan memberi impak kepada filem seterusnya iaitu Infinity War yang akan ditayangkan pada tahun 2018.

“This is a very important movie for us in Phase 3,”. “We plan on taking Thor to another level. It picks up where we leave Thor in ‘Avengers: Age of Ultron’ and impacts everything that comes after.” – Kevin Feige

Apa yang membuatkan filem Thor: Ragnarok ini sangat penting dalam MCU?

Jika kita lihat dari versi komik Marvel, terdapat dua tajuk yang melibatkan nama Ragnarok dalam dunia komik Marvel iaitu pertama dalam siri Civil War isu #3 dimana kehilangan misteri Thor telah mendorong Tony Stark menghasilkan klon Thor yang dikenali sebagai Ragnarok, dan satu lagi tajuk melibatkan event yang dikenali sebagai Ragnarok dalam siri komik Thor isu #80-#85.  

Komik Civil War boleh ditolak kerana ia tidak ada kena mengena dalam filem Thor akan datang, tetapi siri Thor #80-85 memberi hint kepada filem yang bakal kita tonton tidak lama lagi. Ini kerana jika anda membaca komik tersebut, beberapa karakter, story hampir sama seperti yang bakal ditunjukkan dalam filem Thor: Ragnarok, walaupun tidak 100% tetapi beberapa intipati komik tersebut diserapkan dalam filem berkenaan.

Ragnarok adalah kitaran kehidupan Asgardians atau dalam bahasa Inggeris Eternal Cycle of Death and Rebirth for the Asgardians, dan ianya dikawal oleh sekumpulan dewa segala dewa yang dikenali sebagai Those Who Sit Above in Shadow. Mereka ini merupakan dewa kepada Asgardians dan akan menggunakan tenaga yang dikeluarkan semasa event Ragnarok untuk hidup. Jadi kitaran tersebut akan sentiasa berlaku bagi membuatkan Those Who Sit Above in Shadow kekal hidup dan memanipulasi Asgardian. Bagaimanapun, dalam komik tersebut, Thor telah bertindak menghapuskan dewa-dewa tersebut bagi menghentikan kitaran yang dicipta oleh mereka dan menyelamatkan Asgardian yang terkorban dalam Event Ragnarok. Tetapi tindakan Thor itu menyebabkan Asgard terus berkubur kerana tiada kitaran kehidupan yang berlaku.

Berdasarkan dari siri komik tersebut, ia mungkin dapat memberi hint kepada anda semua, kenapa Thor dijumpai terapung di angkasa dalam trailer Infinity War (yang dibocorkan) dan berlanggar dengan kapal angkasa Guardians of the Galaxy. Teori saya, dalam trailer tersebut, Guardians of the Galaxy mungkin menuju ke Asgard atau melalui kawasan tersebut dan mereka dapati hanya debu angkasa yang ada dan terlanggar dewa Asgard itu. Ini menandakan Asgard dalam Thor: Ragnarok musnah sama sekali dan kekal musnah selama-lamanya disebabkan Hela.

Jadi dalam filem Infinity War, Thor boleh dianggap bangsa yang sudah kehilangan tempat tinggal kerana musnah dalam event Thor: Ragnarok (kemungkinan!).

Selain itu juga, filem Thor: Ragnarok bakal menyaksikan kematian salah seorang karakter utama dalam Marvel Cinematic Universe, iaitu Odin kerana dalam siri tersebut, Odin telah mati dalam event Ragnarok. Walaupun Thor berupaya menyelamatkan bapanya selepas menewaskan Those Who Sit Above in Shadow, Odin telah membuat keputusan untuk kekal di alam kematian bagi membendung Surtur dari kembali mengganggu bangsa Asgard.

Lagipun, pelakon yang membawakan watak Odin, Sir Anthony Hopkins pernah secara bergurau memberitahu tentang masa depannya dengan MCU.

“Maybe he’s dead. I’ve done two, that’s enough.” – Odin

Jadi terdapat dua kemungkinan dalam filem Thor: Ragnarok, sama ada Thor dapat berjumpa Odin di Alam Kematian kerana telah dibunuh oleh Loki dalam filem Thor: The Dark World atau Odin dibunuh dalam filem berkenaan

Antara yang menarik mengenai filem Thor: Ragnarok ini adalah siri komiknya merupakan salah satu komik crossover dalam komik Avengers Disassembled yang diterbitkan pada Ogos 2004 sehingga Januari 2005. Adakah filem berkenaan menandakan Avengers akan berpecah semasa atau selepas Infinity War? kita tahu, Avengers telah goyah selepas event Civil War. Ketiadaan Thor dalam filem berkenaan disebabkan Thor sedang berhadapan dengan masa depan Asgard yang diancam kemusnahan. ini yang menjadi persoalan dan kenapa Thor: Ragnarok dianggap penting dalam fasa ketiga MCU ini.  Ini menandakan fasa keempat nanti kita akan disajikan sebuah Marvel Universe yang baru dan mungkin Avengers baru akan dibentuk selepas event Infinity War. Atau mungkin kita akan melihat versi terbaru Thor dalam fasa keempat, iaitu Ragnarok (rujuk perenggan kedua), selepas Thor “Ditewaskan” dalam Infinity War?

Thor: Ragnarok bakal menyaksikan penamatan sebuah empayar dan karakter yang dianggap penting dalam fasa ketiga MCU.

Apa perbezaan diantara filem Thor: Ragnarok  dan siri komiknya?

Seperti biasa, MCU tidak akan menghasilkan sebuah jalan cerita yang sama seperti dalam siri komik mereka dan beberapa perubahan dilakukan bagi memberi kejutan kepada penonton. Antara perbezaan yang mereka lakukan adalah menggantikan anggota Avengers yang sepatutnya membantu Thor dalam event Ragnarok. Dalam siri komik, Iron Man dan Captain America datang membantu Thor tetapi versi filem, Hulk akan membantu Thor berhadapan dengan Hela.

Villain? juga diubah, punca kemusnahan Asgard bukanlah kumpulan dewa dalam siri komik tetapi adalah Hela, bagaimanapun bagaimana dan punca Hela menyerang Asgard tidak diketahui, mungkin dipengaruhi oleh Those Who Sit Above in Shadow barangkali. Tapi buat masa ini, setakat yang diketahui Hela datang untuk menghancurkan Asgard kerana dendamnya terhadap Odin dan mungkin ingin mencari salah satu Infinity Stone yang masih belum dijumpai iaitu Soul Stone.

Walaupun dalam komik, Loki dan Thor adalah seteru, tetapi dalam filem Thor: Ragnarok kita dapat perhatikan mereka seperti bersekutu, tetapi sejauh mana mereka bersekutu menentang Hela tidak diketahui kerana Loki dikenali sebagai villain yang penuh dengan tipu muslihat.

Terdapat beberapa persamaan dalam filem ini dengan komik antaranya kemusnahan Mjolnir, beberapa karakter baru seperti Valkyrie dan Midgard Serpent – serigala (Dalam trailer ada menunjukkan Hulk menentang makhluk ini). Oh yer, Valkyrie telah mati dalam komik dan adakah watak ini hanya bertahan dalam satu filem sahaja? kita tunggu filem ini nanti.

Oleh itu, filem Thor: Ragnarok adalah sebuah filem yang penting untuk kita tonton dalam melihat kesinambungan dalam filem Infinity War akan datang, dan sejauh mana kepentingan dalam fasa ketiga MCU akan terjawab selepas kita tonton filem ini yang akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 26 Oktober 2017

Post Author: Kakimuvee

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *