Akhirnya, Infinity Stone Terakhir Telah Didedahkan Dalam Thor: Ragnarok – Sekadar Teori

0
819
views

Filem ketiga superhero Thor, Thor: Ragnarok telah pun ditayangkan sejak 25 Oktober (malam) dan telah mendapat pelbagai review dari penggemar- penggemar filem tanah air khususnya peminat filem Marvel. Selepas Spider-man: Homecoming dan Guardians of the Galaxy Vol. 2Thor: Ragnarok juga merupakan antara filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem Marvel. Antara yang menyebabkan Thor: Ragnarok menjadi filem yang paling ‘hype’ dikalangan peminat Marvel adalah teori lokasi Infinity Stone terakhir yang dikatakan akan muncul dalam filem ini.

Sebelum bermulanya tayangan filem ketiga Thor ini, pelbagai teori telah dikeluarkan oleh peminat filem Marvel mengenai siapakah yang memiliki Soul Stone iaitu, Infinity Stone terakhir yang masih belum didedahkan. Ada yang mengatakan Heimdall memiliki Soul Stone kerana kemampuannya melihat roh-roh yang wujud di alam semesta, dan ada juga yang mengatakan Soul Stone berada digenggaman Hela dan tak kurang teori yang mengatakan Odin juga menyimpan Soul Stone.

*Artikel ini mengandungi major spoiler untuk filem Thor: Ragnarok. Bagi yang belum menonton filem ini dinasihatkan tidak membaca perenggan seterusnya*

Tetapi selepas filem Thor: Ragnarok ditayangkan, batu tidak ditunjukkan kepada penonton dan ia meninggalkan tanda tanya kepada peminat yang telah menonton filem berkenaan dimanakah sebenarnya batu tersebut? – adakah Soul Stone juga seperti Time Stone? berada di Bumi dan terletak di Wakanda, negara yang didbir oleh Black Panther? Selain Thor: Ragnarok, filem Black Panther juga dikaitkan dengan lokasi terakhir Soul Stone. Ini kerana kemampuan Black Panther untuk berhubung dengan roh-roh di alam kematian dan juga hint dalam Avengers: Infinity War yang menunjukkan Wakanda akan diserang oleh Black Order – orang suruhan Thanos yang menunjukan Wakanda seperti menyimpan sesuatu yang penting dan kehendaki oleh Thanos.

Well, teori Black Panther masih sekadar teori selagi filem itu tidak ditayangkan. Tetapi saya berpendapat, Thor: Ragnarok telah mendedahkan lokasi sebenar Soul Stone, dan lokasinya terletak di Asgard, didalam peti simpanan Odin.

Dalam babak Hela berjalan di tempat Odin menyimpan trofi-trofinya, ia ada menunjukkan beberapa barang penting dalam dunia MCU antaranya Infinity Gauntlet, Tesseract dan Eternal Flame. Babak tersebut menunjukkan Hela menolak Infinity Gauntlet yang dikatakan palsu, dan serta kekaguman dengan Tesseract yang mengandungi Space Stone, tetapi Hela lebih berminat dengan Eternal Flame kerana keupayaannya untuk membangkitkan jasad-jasad yang telah mati. Selain itu juga, di penghujung filem, Thor mengarahkan Loki untuk meletakkan tanduk Surtur keatas api tersebut supaya dapat menghidupkan kembali Surtur yang sebelum itu telah dibunuh Thor pada permulaan filem.

Jadi adakah Eternal Flame adalah Soul Stone terakhir? mungkin ya,mungkin juga tidak – saya suka jadikan ia sebagai sebuah teori. Mari kita lihat justifikasi yang menyebabkan saya mengatakan Eternal Flame adalah Soul Stone terakhir.

Eternal Flame

Dalam dunia Marvel Cinematic Universe, kesemua Infinity Stone berada dalam bentuk-bentuk yang berbeza, tidak seperti dalam dunia komik dimana Infinity Gem tidak diletakkan dalam sesuatu bekas, senjata atau berbentuk fizikal yang lain. Sebagai contoh, Tesseract dimana dalamnya terdapat Space Stone, manakala bentuk fizikal Reality Stone aka Aether lebih kepada bentuk cecair dan mampu masuk ke dalam badan yang menggunakan Infinity Stone terbabit. Jadi tidak mustahil, bentuk fizikal Soul Stone adalah dalam bentuk api iaitu Eternal Flame.

Jika kita lihat rujukan-rujukan komik, Eternal Flame adalah api yang tidak akan padam dan menjadi sumber kepada Surtur untuk mendapat kuasa tanpa had sekiranya pedangnya iaitu twilight Sword bergabung dengan Eternal Flame serta mampu menyebabkan Ragnarok, iaitu kemusnahan Asgard. Jika kita bandingkan antara versi komik dan versi sinematik, Eternal Flame dilihat jauh lebih berkuasa iaitu mampu menghidupkan jasad-jasad yang telah mati, sedangkan dalam versi komik, ianya tidak digunakan untuk menghidupkan hidupan yang telah mati. Ini bermakna, Eternal Flame mempunyai satu sumber yang membolehkan ia mempunyai keupayaan sebegitu, dan tak lain tak bukan adalah Soul Stone.

Selain itu juga, warna pada Eternal Flame sama seperti Soul Stone iaitu berwarna berwarna jingga seperti yang diterangkan oleh The Collector dalam filem Guardians of the Galaxy. 

Penerangan Infinity Stone oleh The Collector dalam filem GOTG – anda dapat kenal pasti yang mana satu Soul Stone?

Last but not least, Saya suka katakan, persekitaran dan suasana Asgard sebelum kehilangan Odin umpama seperti di syurga atau dalam bahasa inggerisnya Heaven. Kehidupan Asgardian begitu aman sekali tanpa diancam bahaya, rakyatnya gemar berpesta seperti kehidupan di ‘syurga’, dan Eternal Flame telah berada di ‘syurga’ iaitu Asgard sejak sekian lama (selepas Odin mencurinya dari Surtur) sehinggalah Odin disingkirkan dan Asgard mula diancam musuh-musuhnya.

Jadi, H bukanlah Heimdall, bukannya Hela, tetapi Heaven, merujuk kepada Asgard – tempat tersimpannya Eternal Flame yang juga Soul Stone.

Nota kaki: Soul Stone bukanlah sekadar infinity Stone yang digunakan untuk melihat roh ataupun berinteraksi dengan roh, ianya juga mempunyai kuasa luar biasa yang lain, antaranya menghidupkan jasad yang telah mati, mengembalikan individu ke bentuk asal, memerangkap roh, memanipulasi pengentahuan dan abiliti roh-roh yang diperangkap oleh Soul Stone dan pemakai imun dengan serangan magik yang ditujukan pada roh si pemakai.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here