Adakah Thor: Ragnarok Akan Merungkai Misteri Infinity Stone Terakhir?

0
631
views

*Artikel ini mungkin mengandungi spoiler untuk filem Thor: Ragnarok

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum peminat-peminat Marvel akan menyaksikan pertembungan diantara Thor bersama-sama rakannya menentang Hela yang ingin memusnahkan Asgard. Thor: Ragnarok dikatakan sangat penting dalam dunia Marvel Cinematic Universe (MCU) sebelum ia menuju ke fasa klimaks dimana superhero-superhero Marvel akan menentang villain paling berkuasa MCU iaitu Thanos dalam filem Avengers: Infinity War. 

Selain daripada menentukan nasib Asgard dan Thor, antara yang mencuri tumpuan dan penting buat peminat-peminat filem Marvel adalah misteri Infinity Stone terakhir yang masih belum ditemui sehingga kini.

Seperti yang kita tahu, dalam dunia MCU, terdapat 6 Infinity Stone yang sangat berkuasa dan menjadi buruan Thanos iaitu The Space Stone aka The Tesseract, The Mind Stone aka The Scepter, The Reality Stone aka The Aether, The Power Stone aka The Orb dan yang terakhir The Soul Stone. Setiap batu-batu tersebut akan memberi kuasa yang berbeza-beza dan jika kesemua batu-batu tersebut dikumpulkan dan diletakkan pada Infinity Gauntlet, ia akan memberi kuasa yang tiada tandingan kepada pemakai Infinity Gauntlet.

Selepas 16 filem Marvel, lima daripada enam Infinity Stone telah dijumpai dan kini berada digenggaman individu dan organisasi superhero tertentu. Antaranya:

  • The Space Stone – Berada di Asgard dibawah perlindungan Heimdall dari dicuri kembali oleh Loki
  • The Mind Stone – Berada di dahi Vision
  • The Reality Stone – Berada dalam simpanan Taneleer Tivan aka The Collector selepas diserahkan oleh Asgardian
  • The Power Stone – Disimpan oleh Nova Corps selepas Peter Quill dan Guardians of the Galaxy merampasnya dari Ronan.
  • The Time Stone – Disimpan oleh Dr. Strange.

Jadi dimanakah The Soul Stone? Teori tempat tersimpannya batu-batu Infinity ini bermula dari nama Thanos itu sendiri dimana setiap huruf pada nama Thanos akan memberi petunjuk dimanakah batu-batu Infinity ini berada. Sebagai contoh:

T – Tesseract – Space Stone

H – ?

A – Aether – Reality Stone

N – Necklace of Eye of Agamotto – Time Stone

O – Orb – Power Stone

S – Scepter – Mind Stone

Jadi huruf menjadi petunjuk dimana Soul stone ini berada. Dalam filem Thor: Ragnarok, terdapat dua karakter penting yang namanya bermula dari huruf iaitu Heimdall dan Hela. Adakah salah seorang karakter ini menyimpan Soul Stone? ok mari kita tengok teori dari peminat-peminat Marvel mengenai lokasi Soul Stone.

Heimdall

Heimdall merupakan penjaga Bifrost Bridge dan mampu untuk melihat dan mendengar semua kehidupan di Nine Realms dengan hanya duduk tempat jagaannya itu. Kemampuannya melihat semua kehidupan membuatkan teori Soul Stone kini berada ditangan Heimdall, malah teori peminat juga mengatakan Heimdall menyimpan Soul Stone tersebut pada matanya dan secara tidak langsung membuatkan dia dapat melihat semua kehidupan yang wujud di Nine Realms. Bagaimanapun, kemampuan Heimdall melihat semua kehidupan pernah dihalang oleh Malekith dalam filem Thor: The Dark World selepas dark elves itu berjaya menguasai Reality Stone. Bolehkah Reality Stone menghalang kuasa Soul Stone? – In menjadi persoalan dan juga dapat menolak teori Heimdall mempunyai Soul Stone.

Hela

Sejurus selepas Marvel mengumumkan Hela sebagai villain dalam Thor: Ragnarok, tumpuan teori Soul Stone beralih kepada Hela kerana melihat abilitinya yang mampu mengawal roh-roh orang yang sudah mati untuk berkhidmat menjadi bala tenteranya. Bagaimanapun, berdasarkann versi komik, Hela sememangnya mempunyai abiliti untuk mengawal roh-roh kehidupan yang telah mati. Ini disebabkan status sebagai ‘Goddess of Death’. Tetapi MCU selalunya akan memberikan gambaran yang berbeza dari siri komik. Sejarah dalam dunia MCU pernah menunjukan beberapa villain memanipulasi Infinity Stone untuk kepentingan mereka. Sebagai contoh Red skull yang memiliki The Space Stone sebelum Captain America berjaya mencuri Infinity Stone tersebut darinya.

Jadi Hela berkemungkinan memiliki Soul Stone agar dia dapat mengawal roh-roh orang yang sudah mati. Ataupun villain tersebut pernah memiliki Soul Stone sebelum batu tersebut dirampas darinya dan kemudiannya membuatkan Hela menyerang Asgard untuk menuntut balik batu yang pernah memberi kuasa luar biasa kepadanya. Opss! siapa yang rampas? ia membawa kepada satu lagi teori iaitu Odin.

Odin

Terdapat teori yang mengatakan The Soul Stone berada ditangan Odin. Odin menggunakan Soul Stone untuk memberikan kuasa kepadanya yang dikenali sebagai Odinforce. Kuasa inilah yang digunakan oleh Odin untuk merasai sebarang kemungkinan yang bakal berlaku pada alam semesta, mengesan Aether dalam badan Jane Foster serta memastikan Nine Realms sentiasa dalam keadaan selamat dan aman. Ini kerana Soul Stone bukan sahaja boleh digunakan untuk menghidupkan orang yang sudah mati, malah boleh digunakan melindungi sebarang kehidupan dari diancam kematian. Malah Odin juga dikatakan memberi sedikit kuasa yang ada pada Soul Stone kepada Heimdall agar Heimdall dapat melihat semua kehidupan di Nine Realms. Jadi kemungkinan Soul Stone mungkin berada disebalik penutup mata yang digunakan oleh Odin. Penutup mata tersebut bukanlah hendak menutup mata Odin yang cacat tetapi sebaliknya digunakan untuk menyembunyikan lokasi Soul Stone.

Teori yang mengatakan Heimdall mendapat “pinjaman” kuasa Soul Stone berdasarkan visi Thor dalam filem Avengers: Age of Ultron yang mana Heimdall telah menjadi buta seolah-olah kuasanya telah dirampas. Ia mungkin bermaksud, Hela telah berjaya merampas Soul Stone dari Odin. – Visi inilah menyebabkan Thor tergesa-gesa kembali ke Asgard selepas event Ultron.

Jika misi Hela menyerang Asgard untuk memburu Soul Stone, kita akan jangkakan ‘Goddess of Death’ tersebut akan menyerang Heimdall terlebih dahulu sebelum mengentahui lokasi sebenar Soul Stone dan kemudiannya menyerang Odin untuk merampas Infinity Stone tersebut, tetapi jika Hela sudah memiliki Soul Stone sebelum menyerang Asgard, ia mungkin menyerang untuk membalas dendam terhadap Asgardians atau merampas satu lagi Infinity Stone iaitu Space Stone.

Buat masa ini, ianya hanyalah teori sahaja, anda semua akan dapat mengentahui siapakah yang memiliki Infinity Stone terakhir itu apabila filem Thor: Ragnarok yang akan ditayangkan pada malam 25 Oktober ini.

Note: Jika Thor: Ragnarok tidak mendedahkan lokasi Infinity Stone terakhir, dijangkakan batu terakhir tersebut berada digenggaman Black Panther. 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here