Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Adakah Pennywise/IT Hantu? & Kaitannya Dengan The Dark Tower


Adakah Pennywise/IT ini Hantu & kaitannya dengan The Dark Tower.

Terdapat kekeliruan mengenai badut jahat Pennywise/IT. Ada beranggapan Pennywise ini hantu dan tak kurang juga melabelkan badut ini sebagai psikopat. Sebenarnya makhluk tersebut bukanlah hantu, bukanlah psikopat dan bukanlah juga manusia yang mengamalkan ilmu hitam.

Pennywise/IT merupakan makhluk purba dari dimensi lain dan usianya juga setua usia bumi. Dari dimensi lain? Yaa.. dia dimensi lain, dari mana datangnya makhluk jahat ini? Teruskan membaca…

Pennywise/IT berada di Bumi sejak zaman purba kala lagi dan dia suka memburu mangsa-mangsanya dikalangan manusia terutamanya kanak-kanak untuk dijadikan makanannya. Dia juga mempunyai tempoh hibernisasi yang cukup iaitu selama 27-30 tahun sebelum muncul kembali memburu mangsanya. Maknanya, selepas berburu dia akan tidur dan hanya bangkit kembali untuk mencari makanannya.

Disebabkan dia dari dimensi lain, Pennywise/IT mempunyai kebolehan untuk mengubah bentuk (shapeshifting), memanipulasi minda especially kanak-kanak dengan menjadi entiti yang paling ditakuti oleh mereka serta berada dimana-mana tempat yang dikehendaki olehnya. Sebagai contoh Ben takut melihat gambar kepala diatas pokok dalam buku sejarah Derry, jadi disebabkan Ben takut dengan gambar tersebut, Pennywise/IT mengubah bentuk kepada hantu tanpa kepala dan menakutkan Ben semasa di perpustakaan.


Sebab itu terdapat penonton beranggapan makhluk ini adalah hantu kerana dia mempunyai kebolehan seperti hantu seperti berada ditempat-tempat lain. The logic why dia bukan hantu, lihat bagaimana dia di”riot” oleh geng-geng the Loser Club dalam filem IT & hampir mati. Hantu tak boleh diriot dengan kayu dan besi, hantu hanya boleh diriot dengan serangan mantera dan rohani.

Fizikal Pennywise/IT yang sebenarnya juga bukanlah badut seperti manusia psikopat, tetapi berbentuk lain iaitu labah-labah. Dalam siri kedua IT yang diterbitkan pada tahun 1990, Pennywise/IT mengubah bentuk fizikalnya kepada labah-labah di penghujung siri tersebut semasa berhadapan the Loser Club yang sudah dewasa pada masa itu. Selain itu juga, terdapat info mengatakan bentuk fizikal sebenar-benarnya adalah bentuk “deadlights”. Bagaimanapun bentuk fizikal tersebut tidak pernah ditunjukkan dan hanya diterjemahkan dalam bentuk penulisan.

Apa kaitannya dengan The Dark Tower.?

Excited tak bila saya kata The Dark Tower da IT berkongsi universe yang sama atau lebih tepat lagi IT berada dalam Universe The Dark Tower? Bagaimana kedua-dua siri tersebut berkongsi universe yang sama?

Sebenarnya Pennywise/IT mempunyai arch rival yang dikenali Maturin atau nama lainnya The Turtle. Kedua-duanya berasal dalam dunia Macroverse. Kedua-duanya dicipta oleh entiti yang di kenali sebagai “The Other” atau dalam erti kata lain pencipta. Kedua-duanya kerap berseteru antara satu sama lain. The Turtle ini muncul dalam siri novel Stephen King berjudul The Dark Tower sebagai salah satu dari 12 Guardians of the Beam. Pennywise/IT (dalam bentuk fizikal labah-labah) pula disebut antara 6 demons terhebat dalam siri novel The Dark Tower VI: The Song of Susannah. Pennywise/IT dikatakan datang atau terjatuh ke bumi sejak zaman prehistoric disebuah tempat di Bumi yang kini dikenali sebagai Derry. Ini menjawab kenapa Derry menjadi satu-satu tempat Pennywise/IT mengganas kerana disitu adalah tempat dia jatuh dari dimensinya.

Jadi Pennywise/IT sebenarnya hidup di dunia lain iaitu Macroverse bersama entiti-entiti lain sebelum terjatuh (atau datang) ke dunia berjuta tahun dahulu dahulu sebelum manusia mula mendiami Bumi dan dijadikan makanan oleh makhluk tersebut

Selain daripada itu, terdapat penonton beranggapan makhluk ini hanya memburu kanak-kanak sahaja. Tidak, sebenarnya Pennywise/IT boleh memilih manusia dewasa sebagai mangsanya tetapi dia lebih suka untuk memilih kanak-kanak kerana mereka lebih mudah untuk diburu dan mudah untuk ditakuti olehnya. Jika anda perasan semasa Ben menerangkan piagam penubuhan pekan Derry dalam filem IT, lebih kurang 80 lelaki dewasa yang menubuhkan pekan Derry telah hilang & baju-baju mereka yang berlumuran darah bersepah sehingga ke perigi, tempat tinggal Pennywise/It. Ini bermakna makhluk tersebut boleh menyerang semua peringkat umur, tidak tertumpu kepada kanak-kanak sahaja.

Jadi Pennywise bukanlah makhluk supernatural seperti yang ditunjukkan dalam filem-filem hantu, dia lebih kepada makhluk jahat yang datang atau mungkin dibuang dari dimensi Macroverse. Diharap Artikel ini sedikit sebanyak dapat menjawab serba sedikit asal usul IT yang tidak ditunjukan dalam filem yang ditayangkan baru-baru ini. Dan anda jangan terkejut jika terdapat crossover antara filem IT dan The Dark Tower kerana IT sememangnya berada dalam universe The Dark Tower


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee