Adakah Ini Tajuk Rasmi Avengers 4?

0
1335
views

Sehinggakini, peminat-peminat Marvel masih meneka apakah tajuk rasmi filem Avengers 4. Malah, President Marvel Studios, Kevin Fiege juga dilihat masih enggan mendedahkan tajuk rasmi filem keempat Avengers itu dan mengatakan peminat terpaksa menunggu sehingga hujung tahun ini untuk mengentahui apakah tajuk filem berkenaan.

Bagaimanapun laporan terbaru dari laman web Omega Underground mungkin telah mendedahkan tajuk rasmi filem Avengers seterusnya iaitu Avengers: End Game. 

Laporan tersebut berdasarkan senarai kredit Trent Opaloch, seorang sinematografer yang telah bekerja untuk pengarah Russo Brothers. Trent Opaloch telah bekerja dengan kedua-dua pengarah tersebut menerusi filem Captain America: The Winter Soldier, Captain America: Civil War dan yang terbaru Avengers: Infinity War.

Tidak dapat dipastikan sama ada tajuk filem Avengers yang diletakkan oleh sinematografer itu adalah benar atau palsu. Ini memandangkan banyak tajuk-tajuk palsu filem Avengers 4 telah tersebar meluas di Internet, termasuklah tajuk filem End Game. 

Apapun, peminat-peminat filem Marvel boleh sahaja menunggu pengumuman tajuk rasmi Avengers 4 dari mulut Kevin Fiege sendiri.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here