Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Adakah Infinity War Diadaptasikan Dari Siri Komik Marvel Infinity War?


Versi Komik Infinity War vs Filem

Seperti yang kita tahu, Marvel Studio bakal mengeluarkan filem terhebat mereka iaitu Inifinity War tidak lama lagi. Sebagai sebuah filem yang diadaptasikan dari siri komik, Marvel akan mengambil beberapa siri komik mereka sebagai adaptasi kepada siri filem mereka. Sebagai contoh, filem Captain America: Civil War diadaptasikan dari siri komik Civil War

Tetapi.. Marvel juga kadang kala hanya mengambil tajuk dengan mengambil sedikit sahaja plot dari isi kandungan komik asal untuk dijadikan adaptasi sesebuah filem mereka serta menggunakan storyline dalam komik Marvel yang lain sebagai main plot filem. Contoh terbaru yang kita boleh lihat seperti dalam filem Spider-Man: Homecoming dimana Marvel hanya menggunakan tajuk komik Homecoming untuk dijadikan sebagai tajuk filem dan tidak menggunakan isi kandungan siri komik berkenaan sebagai plot filem.

Jadi adakah filem Infinity War diadaptasikan dari siri komik Infinity War? Jawapannya tidak. Ini kerana plot Infinity War langsung tidak sama seperti dalam filem yang bakal anda tonton tidak lama lagi.

Ini kerana Infinity War versi komik Marvel mengisahkan superhero bumi, bekerjasama dengan Adam Warlock serta Thanos menghalang niat pesona jahat Adam iaitu Magus dari cuba menguasai Universe.

Apakah plot komik Infinity War sebenarnya?

Event Infinity War terjadi selepas tamatnya event Infinity Gauntlet dimana superhero bumi dan Adam Warlock telah berjaya menewaskan Thanos dan merampas kembali Infinity Gauntlet dari tangan Thanos serta menghalang niat Thanos untuk menguasai universe.


Adam telah mengambil keputusan untuk menyimpan Gauntlet tersebut dan bagi memastikan dia dapat menggunakan Gauntlet tersebut, Adam telah mengeluarkan dua aspek emosi dalam dirinya iaitu “Baik” dan “Jahat”.

Tetapi tindakkan Adam Warlock telah menyebabkan pesona jahatnya iaitu Magus muncul dan Magus kemudiannya merancang untuk membalas dendam terhadap Adam Warlock dan Thanos serta menguasai Universe.

Jadi berdasarkan dari siri komik Infinity War yang mengandungi 6 isu itu, plot nya tidak sama seperti yang bakal ditunjukkan dalam filem Infinity War. Villain utamanya adalah Magus manakala Thanos, Superhero Bumi, Adam Warlock serta beberapa karakter tahap dewa Marvel seperti Galactus dan The Living Tribunal adalah sekutu yang bergabung dalam menghalang misi yang cuba dilakukan oleh Magus. Disini kita boleh lihat perbezaan ketara diantara filem dan komik Infinity War.

Jadi komik manakalah yang begitu hampir dengan plot filem Infinity War? Jawapan berada di beberapa perenggan diatas. Filem Infinity War diadaptasikan dari siri komik Infinity Gauntlet dimana Thanos memiliki Infinity Gauntlet dan mahu menguasai universe manakala superhero bumi dan Adam Warlock adalah penghalang kepada misi jahat Thanos.

Bagaimanapun jangan terlalu melihat bahawa filem Infinity War akan 100% diadaptasikan dari siri komik. Memandangkan ianya universe yang berbeza (616 & cinematic universe), dan untuk elakkan spoiler, pembikin filem pasti akan mengambil beberapa bahagian dari siri komik tersebut untuk diadaptasikan dalam versi filem dan selebihnya adalah sebuah plot yang baru dan fresh.


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee