Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Adakah Filem Fasa 4 MCU Beri “Hint” Watak Yang Mati & Lenyap Dalam Infinity War Akan Kembali Dihidupkan Dalam Avengers 4?


Masih belum ‘move on’ lagi dengan penamat filem Avengers: Infinity War? Saya yakin mesti ramai yang ber’temenung’ seketika selepas melihat penamat yang tidak disangka-sangka. Pelbagai persoalan telah timbul sama ada mereka yang mati dan lenyap ini akan kembali dalam filem akan datang ataupun akan kekal mati selama-lamanya.

Ya, walaupun senarai nama pelakon Avengers 4 banyak menampilkan karakter-karakter yang telah lenyap, plot filemnya belum tentu akan membawa semua watak yang telah mati atau lenyap kembali seperti sediakala. Atas faktor kontrak, mungkin terdapat beberapa watak akan kekal mati sepertimana diperkatakan oleh Kevin Feige dalam ‘screenshot’ Twitter mengenai ‘ending’ Avengers: Infinity War. 

Bagaimanapun, saya yakin beberapa watak penting Marvel mungkin akan dihidupkan kembali seperti sediakala dalam filem Avengers 4 akan datang. Ia berdasarkan filem-filem Fasa 4 yang telah disahkan sendiri oleh pihak Marvel Studio. Tanpa watak-watak ini, bagaimana mereka ingin hasilkan filem yang dirancang bukan?, melainkan filem-filem ini jalurmasanya dibuat sebelum Infinity War. 

Spider-Homecoming 2

Filem kerjasama diantara Marvel Studios dan Sony Entertainment adalah filem pertama yang telah disah akan dihasilkan dalam Fasa 4 Marvel Cinematic Universe. Filem ini adalah kerjasama terakhir diantara Marvel Studios dan Sony sebelum pemilikan Spider-Man kembali kepada pihak Sony Entertainment. Filem ini jugalah adalah filem terakhir Tom Holland sebagai Spider-Man sebelum kontraknya ditamatkan. Selepas daripada itu terpulang kepada pihak Sony sama ada mahu meneruskan kerjasama mereka dengan pihak Marvel Studio ataupun tidak. Jika kedua-dua bersetuju untuk bekerjsama kembali, kita mungkin dapat melihat lebih banyak aksi Spider-Man dalam Marvel Cinematic Universe. Jadi, kepada peminat watak Spider-Man, watak mungkin akan kembali dihidupkan dalam filem Avengers 4 akan datang.

Guardians of the Galaxy Vol. 3

Sejurus tayangan filem Guardians of the Galaxy Vol 2, James Gunn mengumumkan Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan dihasilkan dan kesemua pelakon utama Guardians of the Galaxy akan kembali dalam filem ketiga itu nanti. Ini termasuklah Gamora yang telah dibunuh oleh Thanos dalam filem Avengers: Infinity War. James Gunn juga mendedahkan, Guardians of the Galaxy Vol. 3 akan menjadi  “epic conclusion” dari filem sebelumnya, dan beliau juga turut mendedahkan kemungkinan besar tempat mereka akan diganti dengan watak baru ataupun anggota asal Guardians of the Galaxy yang diketuai oleh Stakar Ogord (lakonan Sylvester Stallone). Avengers 4 mungkin menyaksikan Rocket Raccoon kembali bersatu dengan Peter Quill, Gamora, Drax dan Mantis selepas kesemuanya mati dan menjadi debu.


Black Panther 2

Black Panther menjadi salah seorang mangsa Thanos yang lenyap semasa di penghujung filem Avengers: Infinity War. Saya yakin mesti ramai merasa hairan melihat Black Panther turut menjadi mangsa perubahan realiti dan masa oleh Thanos. Bagaimanapun, saya yakin Avengers 4 bakal menyaksikan Black Panther akan kembali dihidupkan selepas watak tersebut dilenyapkan dalam filem Avengers: Infinity War. Ini berdasarkan kenyataan Presiden Marvel Studio, Kevin Feige yang mengesahkan sekuel kepada Black Panther akan menjadi salah satu filem dalam Fasa 4 Marvel Cinematic Universe dengan Ryan Coogler kembali menjadi pengarah filem ini.


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee