Ada Apa Dengan Cinta 2 Kini Raih RM2.5Juta

0
212
views

AADC2_Official_Pre_Teaser

Selepas tujuh hari tayangan, filem Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) berjaya meraih kira-kira RM2.5 juta. Filem edaran Primeworks Distribution itu dijangka terus mencatat rekod kutipan lebih tinggi berikutan peningkatan jualan tiket setiap hari di Malaysia dan Indonesia.

Karya arahan Riri Riza itu sememangnya menjadi naskhah dinanti-dinantikan peminat setianya selepas 14 tahun Ada Apa Dengan Cinta arahan Rudy Soedjarwo menemui penonton di panggung.

Filem terbitan tahun 2002 itu mengisahkan keteguhan cinta antara dua watak, Rangga dan Cinta, sejak di bangku sekolah. Dalam filem susulan ini, selepas sembilan tahun terpisah dan memutuskan hubungan cinta yang sekian lama terjalin, Rangga kembali ke Indonesia bagi menambat semula hati Cinta yang sudah disunting oleh lelaki lain.

AADC2 dibintangi oleh Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Titi Kamal, Ladya Cherill, Sissy Priscillia, Adinia Wirasti, Dennis Adhiswara dan Mang Diman.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here