Acts Of Violence Review

0
83
views

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Drama
Durasi: 1 Jam 25 Minit
Edaran: TGV Pictures
Pelakon: Bruce Willis, Cole Hauser, Shawn Ashmore, Melissa Bolona
Pengarah: Brett Donowho

Sebuah filem aksi yang mengisahkan tentang sebuah keluarga yang asalnya hidup aman harmoni sesama mereka setelah kematian ibu dan bapa mereka. Akan tetapi segalanya berubah setelah mereka terpaksa berhadapan dengan sebuah sindiket pelacuran yang telah menculik salah seorang daripada adik beradik mereka. Hal ini kemudiannya dipanjangkan kepada balai polis yang berdekatan dan seorang detektif telah mengambil siasatan atas perkara ini dan telah berjanji untuk melakukan yang terbaik.

Tidak dapat menahan sabar dan perasaan marahnya terhadap sindiket pelacuran tersebut. Abang kepada mereka semua, yang juga merupakan bekas askar telah mengambil keputusan untuk menyerang sendiri markas sindiket pelacuran tersebut yang juga merupakan tempat pemprosesan dadah yang telah lama dicari oleh pihak polis. Rancangan mereka akhirnya berjaya dengan menculik salah seorang daripada anggota sindiket terebut dan memaksa dia untuk menunjukkan markas tersebut kepada mereka. Sekali lagi, kejayaan milik mereka kerana berjaya menyerang markas tersebut dan membunuh serta meletupkan tempat tersebut. Namun, mereka dapati adik mereka telah berjaya menyelamatkan diri sebelum mereka sampai ke tempat tersebut.

Dengan menggunakan pengesan GPS yang telah dimasukkan ke dalam badan wanita ini tadi, pihak sindiket akhirnya berjaya menculik kembali wanita ini setelah melepaskan diri daripada tempat tahanan. Dalam beberapa ketika kemudian, kali ini dengan bantuan detektif yang terlibat, mereka telah menyerang sebuah lagi markas sindiket ini dan berjaya menemukan adik mereka yang telah hilang dan berbelas lagi wanita yang telah dilaporkan hilang di seluruh daerah negeri tersebut. Pertempuran berlaku dan telah membunuh hampir kesemua pihak sindiket yang berada di tempat tersebut.

Selang beberapa ketika, rumah mereka telah diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyai hubungan dengan sindiket pelacuran itu tadi, pertempuran ini telah membunuh salah seorang daripada keluarga mereka. Hal ini telah sampai ke pengetahuan detektif tadi dan kali ini detektif itu sendiri telah turun padang dan bersemuka dengan ketua penjahat tersebut yang menjadi dalang kepada kejadian serang hendap tadi.

Dengan teknik sinematografi yang bagus dan jalan cerita yang agak menarik, filem ini berjaya mengeluarkan diri mereka sendiri daripada timbunan filem gred B yang ada dalam bulan Februari ini akan tetapi meletakkan mereka berada di kelompok bawah dalam lambakkan filem – filem gred A. plot yang terdapat di dalam filem ini kelihatan agak tergesa gesa sehingga menjejaskan perkembangan watak yang agak keliru kepada penonton. Pada permulaan filem, penonton disajikan dengan babak “flashback” keluarga tersebut dan terus kepada kehidupan dewasa mereka. Kontinuiti dalam filem ini dilihat agak cacat.

selain itu, konsep yang digunakan dalam filem ini kelihatan agak bagus walaupun ianya sudah beberapa kali diulang pakai namun apa yang tidak kena adalah cara olahan jalan cerita yang digunakan boleh menimbulkan tanda tanya kepada penonton kerana setiap perkara yang berlaku tiada permulaan yang baik.

Secara keseluruhannya, filem Acts Of Violence ini masih merupakan sebuah hiburan yang boleh diselitkan untuk tontonan di masa lapang ketika sudah tiada filem – filem besar yang hendak ditonton.

Rating : 5/10

Acts Of Violence

0.00
Acts Of Violence
5

AKSI / DRAMA

5.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

5.0/10

PLOT / CERITA ASAL

4.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

7.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

4.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here