Abang Long Fadil 2 (2017) Review

0
141
views

Review filem Malaysia: Abang Long Fadil 2 (2017)
Rating: 7/10

SPOILER

Abang Long Fadil 2 mengisahkan perjalanan hidup Fadil (Zizan Razak), yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit (A Galak) dan anaknya Wak Doyok (Wak Doyok). Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab (Syamsul Yusof) dan Inspektor Shuib (Shuib) sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger.

Dalam pada masa yang sama, Yana (Tania Hudson), seorang wartawan TVKL yang sering membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan Tiger juga terjebak dalam kekalutan masalah yang dialami Fadil. Fadil terpaksa menjalani hidup sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong (AC Mizal), seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit.

Pelbagai aksi dan situasi komedi berlaku dalam perjalanan hidup Fadil sebagai seorang pembunuh upahan. Hanya satu cara untuk membersihkan nama Fadil, iaitu mencari identiti sebenar Tiger bagi membetulkan keadaan dan membuktikan Fadil tidak bersalah.

****************************************

– Filem arahan Syafiq Yusof ini merupakan sekuel kepada Abang Long Fadil (2014) dan spin off KL Gangster, siapa yang belum tengok Abang Long Fadil yang pertama tu pun tak apa, boleh faham je kalau terus tengok filem sekuelnya ni, sebab tak menjejaskan apa-apa, tak ada kesinambungan dari filem pertama (mungkin sebab watak Kamal Adli dah tak ada).
– Cerita ni berngenre aksi lawak, memang kelakar dari awal cerita hingga ke akhir cerita. Walaupun kekadang rasa macam lawaknya memaksa penonton ketawa tetapi penonton memang ketawa pun (mudah terhibur).
– Aksi lawan-lawan not bad lah, boleh diberi 3/5, walaupun tembak kurang real, tembakan banyak tak mengena, tembak banyak kali dekat perut tapi tak tembus belakang pun. Darah langsung tak ada, tak terpercik-percik pun walaupun mangsanya mati kena tembakan. Power betul kan?
– CGI walaupun kurang memuaskan tapi lagi better dari CGI Abang Long Fadil yang pertama, 40% janaan komputer katanya, oklah ada improvement.
– Zizan dan AC Mizal memang menghiburkan. Zizan memang seorang pelakon yang boleh dikatakan boleh tahan juga lakonannya dan tak dinafikan Zizan memang magnet yang kuat untuk orang tengok Abang Long Fadil 2 ni. Peminat dia ramai. Lakonan Zizan kali ni agak serius sedikit.
– King Kong dan Cobra kembar.
– Ada pertarungan di antara Wak Doyok dan A Galak, dimenangi oleh A Galak, hahahahaha. Diorang berkomunikasi dalam bahasa Jawa.
– Wak Doyok walaupun pertama kali berlakon tapi tak kayu macam “kayu popular tanahair”.
– Achey lakonannya serius, memang tak ada lawak lawak annoying yang biasa beliau buat. Sebab dalam ni watak dia serius. Hmmm unsangkarable
– Shuib power jugak beraksi sebagai inspektor polis, walaupunnnnn……… hahahaha. Serasi dengan Syamsul. Satu padanan yang berjaya.
– Tak suka dengar loghat pelat Yana
– Penonton ramai ingat Inspektor Wahab tu Tiger, sebab masa beliau kejar Yana, tiba-tiba beliau hilang dan Yana diculik Tiger. Tapi, ikutkan sedari awal memang boleh tahu yang Inspektor Wahab bukan Tiger, sebab masa pembunuhan Datin (isteri Taji Samprit), Inspektor Wahab ada bersama-sama anggota polis lain, dan kejadian pembunuhan itu berlaku pada masa yang sama.
– Tak jangka langsung yang Tiger tu “dia”, sebab badan Tiger nampak perkasa, sekali buka topeng tu “dia” rupanya.
– Ada Transformers dan Hulk (merah)

Artikel ini ditulis oleh Tasha, salah seorang editor tetap Facebook Page Kakimuvee dan dikeluarkan di page Kakimuvee pada 26 Ogos 2017.  

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here