Aaron Eckhart, Nick Jonas Dan Ramai Lagi Bintangi Filem Aksi Perang Berjudul Midway

0
16
views

Laman web Deadline mendedahkan, beberapa lagi pelakon telah disahkan menyertai sebuah filem aksi perang dunia kedua berjudul Midway. Antara yang menyertai barisan pelakon ini adalah Aaron Eckhart, Nick Jonas, Dennis Quaid, Keean Johnson dan Tadanobu Asano. Bintang filem Deadpool, Ed Skrein juga dilaporkan turut membintangi filem ini.

Kesemua pelakon akan menyerta Patrick Wilson, Luke Evans, Woody Harrelson dan Mandy Moore yang telahpun disahkan membintangi filem ini lebih awal.

Berdasarkan kejadian sebenar peperangan di kepulauan Midway semasa Perang Dunia Kedua yang meyaksikan tentera laut Amerika Syarikat berjaya mengubah perjalanan perang di Lautan Pasifik apabila mereka berjaya menewaskan armada tentera laut Jepun.

Midway diarakan oleh Roland Emmerich, manakal skrip filem pula ditulis oleh Wes Tooke. Syarikat produksi milik Roland Emmerich, Centropolis Entertainment akan menjadi penerbit untuk filem ini bersama-sama penerbit filem Harald Kloser dan Mark Gordon. Pengambaran Midway akan bermula 16 Ogos ini.

Setakat ini tiada tarikh rasmi tayangan diumumkan pihak studio

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here