A Star is Born Trailer Telah Dilancarkan

0
64
views

Bradley Cooper dan Lady Gaga mengejar cinta, impian, musik dalam trailer terbaru filem terbitan Warner Bros. Pictures berjudul A Star Is Born. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Bintang terkenal, Bradley Cooper bersama-sama Lady Gaga (sebagai Stefani Germanotta) menjadi teraju utama untuk filem romantik drama ini. Selain itu juga, ia menyaksikan filem sulung Bradley Cooper sebagai pengarah.

A Star is Born mengisahkan tentang seorang ahli musik Jackson Maine (lakonan Bradley Cooper) yang telah bertemu dan bercinta dengan seorang artis yang sedang bergelut dengan kariernya, Ally (lakonan Lady Gaga). Ally telah berputus asa untuk menjadi seorang penyanyi, namun kemunculan Jackson telah memberi harapan kepadanya. Bagaimanapun perhubungan mereka tergugat apabila Jackson menghadapi masalah dalam dirinya.

Filem ini turut dibintangi Andrew Silverstein, Dave Chappelle dan Sam Elliot

A Star is Born dijangka akan menemui penonton pada 5 Oktober 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here