8000 Pawagam Di China Tayang Filem Lee Chong Wei

0
31
views

Filem biografi mengenai lagenda badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei terus cipta rekod apabila bakal ditayangkan di China pada 7 September ini. Apa yang membanggakan adalah filem arahan Teng Bee itu menjadi filem pertama Malaysia yang mendapat jumlah tayangan terbesar iaitu 8,000.

“Filem itu menerima banyak respons positif daripada penonton di Malaysia. Pencapaian terbabit di China menandakan permulaan revolusi bagi industri perfileman tanah air,” ujar Penerbit Eksekutif Jeff Zhang.

Tambah Jeff lagi, pihaknya kini sedang dalam perancangan untuk mengangkat kisah Chong Wei dari filem ke novel pula selepas ini.

Terdahulu, filem Lee Chong Wei telah mencipta sejarah apabila mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Record apabila mengadakan tayangan perdana terbesar dengan kehadiran seramai 20,000 penonton. Tayangan perdana besar itu diadalah di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Ia dibintangi oleh pelakon lama dan baru seperti Datuk Rosyam Nor, Yeo Yan Yan, Mark Lee, Tosh Chan dan ramai lagi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here