8 Filem Menarik Yang Tidak Dapat Meneruskan Sekuel

Sebagai peminat filem, kita akan jangkakan, filem-filem yang kita tonton akan hasil sekuel untuk meneruskan kesinambungan cerita terutamanya dari filem-filem yang diadaptasikan dari siri Novel atau pun komik.

Namun tidak semua akan hasilkan sekuel filem malah terdapat filem yang akan tergantung ditengah jalan. Apa yang menyebabkan Studio produksi mengambil keputusan tidak meneruskan sekuel filem-filem berkenaan?

Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Tetapi dua benda ini yang menjadi punca utama kenapa pihak studio mengambil keputusan menghentikan produksi filem yang sepatutnya mendapat sekuel. Iaitu kutipan tiket dan penerimaan peminat.

Filem yang gagal mendapat kutipan seperti diharapkan pasti akan dihentikan oleh pihak studio kerana tidak mahu mengambil risiko kerugian untuk filem seterusnya.

begitu juga dengan penerimaan peminat, jika filem berkenaan mendapat reaksi negatif dari penonton atau pengkritik filem, mereka juga akan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan sekuel kerana menjangkakan filem kedua juga pasti gagal atau lebih teruk menyebabkan kerugian kepada pihak studio.

Disini kami kongsikan 8 filem yang sepatutnya mendapat sekuel tetapi tidak diteruskan oleh pihak Studio.

1. I Am Number 4 (2011)

Adaptasi dari salah satu 15 siri novel ini. Semasa pihak DreamWorks mengumumkan penghasilan filem ini berserta dengan nama-nama besar yang yang terlibat seperti D.J. Caruso, Steven Spielberg, Timothy Olyphant, dan Alex Pettyfer, ramai peminat menjangkakan bahawa pihak studio akan dapat melengkapkan kesemua 15 novel siri ini ke bentuk filem, tetapi sebaliknya berlaku, baru sahaja 1 filem ditayangkan mereka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan sekuel filem ini.

Ini gara-gara reaksi negatif dari pengkritik filem dan kutipan tiket yang begitu teruk. 33% rating yang diterima berserta hanya $5 juta sahaja keuntungan diterima sudah cukup untuk mengambarkan filem ini gagal dan tidak layak untuk diteruskan.

2. The Host (2013)

Filem adaptasi dari Novel The Host karya Stephenie Meyer hanya mendapat rating sebanyak 8% di rottentomatoes & 5.6/10 di IMDb ditambah keuntungan hanya $20juta sudah cukup untuk pihak studio tidak meneruskan sekuel filem sains fiksyen thriller ini.

3. Mystery Man (1999)

Walaupun menampilkan para bintang dalam filem ini seperti Ben Stiller, Greg Kinnear, Geoffrey Rush, and William H. Macy dan mendapat rating yang boleh dikira bagus (66% di Rottentomatoes) tetapi kegagalannya mendapat kutipan box office meranapkan impian untuk para peminat menonton filem ala superhero komik ini.

Filem adapatasi dari komik Dark Horse ini mungkin dapat diselamatkan sekiranya terdapat studio yang sanggup untuk menghasilkan reboot atau sekuel filem ini.

4. Prince of Persia: The Sands of Time (2010)

Filem yang sepatutnya dapat memenuhkan kantung Disney menjadi disaster buat mereka. Selain terlebih bajet dalam pembikinan filem, mereka hanya mampu mengaut keuntung sebanyak $90 juta sahaja. Walaupun rating filem boleh dikira baik berbanding filem-filem adapatsi permainan video yang lain, tetapi keuntungan pula menjadi penghalang kejayaan dan sekuel filem ini.

Sumpahan filem adaptasi permainan video?

5. John Carter (2012)

Satu lagi kegagalan Disney, John Carter atau nama panjang John Carter of Mars hanya mampu mengaut $70juta dari bajet pembikinan sebanyak $263 juta.

Selain dari marketing yang teruk, ketiadaan aktor bintang dan krew produksi tidak ternama menyumbang kepada kegagalan filem ini.

6. Master and Commander: The Far Side of the World (2003)

Ops, filem adaptasi dari Novel karya Patrick O’brian tidak gagal sebenarnya. Mendapat rating yang cukup tinggi di rottentomatoes dan IMDb dan karya novel yang meluas dan mempunyai pelbagai karakter membolehkan pihak studios untuk membuat sekuel filem ini. Malah filem lakonan Russel Crow ini pernah dicalonkan dalam beberapa anugerah

Tetapi ia tidak diteruskan kerana terlampau complicated untuk diadaptasikan dari bentuk novel ke filem, malah semasa membuat filem ini, mereka mengalami kesukaran untuk menyelesaikannya. Jadi keputusan dibuat, untuk tidak meneruskan kesinambungan filem dari Novel ini.

7. Ender’s Game (2013)

Filem aksi sains fiksyen adaptasi dari novel karya Orson Scoot Card hanya mampu mengaut keuntungan sebanyak $20 juta sahaja. Sayang, filem yang cukup bagus dan menarik tetapi tidak mampu untuk menjana keuntungan kepada pihak studio.

Kegagalan ini sudah cukup membuatkan pihak studio mengangkat bendera putih untuk tidak meneruskan sekuel.

Update: Lionsgate dan Gavin Hood berminat untuk membuat sekuel filem ini tetapi bergantung kepada kebenaran penulis Novel.

8. The Golden Compass (2007)

Adaptasi dari Novel karya Phillip Pullman, novel ini mempunyai banyak trilogi dan memberikan banyak idea kepada studi New Line Cinema untuk menghasilkan filem adaptasi dari novel author berkenaan.

Tetapi disebabkan filem ini menyampaikam mesej anti-agama, sekuel filem ini tidak diteruskan kerana mendapat kecaman dan protes besar-besaran dari golongan agama di US.

Post Author: Kakimuvee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *