6 Panggung Wayang Ini Sangat Selesa Untuk Kaki Kaki Wayang

0
27
views

Bagi pengemar filem, menonton filem di panggung wayang adalah satu kemestian sekiranya terdapat filem-filem baru yang ditayangkan. Ini kerana suasana menonton di panggung wayang sangat berbeza dari menonton filem dikaca televisyen mahupun skrin komputer. Dengan paparan yang besar, sistem bunyi yang mengancam menjadi sebab kenapa menonton di panggung lebih menarik dari menonton dirumah.

Tetapi keselesaaan di panggung wayang juga sangat penting agar kita dapat memberi fokus sepenuhnya kepada perjalanan filem. Kerusi yang selesa dan lebar, sistem bunyi yang tidak pecah dan juga altitud penonton menjadi faktor-faktor kepada keselesaaan menonton filem di panggung wayang.

Tapi tahukah anda, terdapat beberapa panggung wayang didunia yang menyediakan tempat yang sangat-sangat selesa untuk kita menonton filem. Ada yang memberikan bilik khas, terdapat juga menyediakan katil agar kita dapat menonton wayang seperti menonton di rumah, bebas untuk baring, meniarap mahupun duduk mengereng. Mari kita lihat panggung wayang manakah yang memberikan keselesaan maksimum kepada penonton.

Electric Cinema (England)

Panggung wayang yang terletak di Notting Hill, London ini merupakan antara panggung wayang yang cukup selesa. Penonton boleh menonton filem diatas kerusi sofa yang empuk dan diberi peluang untuk memilih tempat manakah yang ada rasa sesuai. Bahagian depannya pula diletakkan katil, khas untuk penonton yang ingin menonton wayang secara berbaring. Berkapasiti sebanyak 83 buah kerusi, panggung ini adalah antara panggung tertua di England.

Cine de Chef, Korea Selatan

Tidak seperti panggung wayang yang hanya menyediakan kerusi biasa, panggung Cine de Chef yang terletak Apgujeong, Korea Selatan ini menyediakan kerusi ala-ala kerusi malas dimana pengunjung dapat mengunjurkan kaki kehadapan. Selesa bukan? panggung ini juga berkonsepkan panggung restoran dimana ia turut menyediakan makanan Perancis kepada pengunjung. Panggung wayang eksklusif ini hanya mempunyai 30 tempat duduk sahaja, dan pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM150 seorang untuk menonton wayang sambil menikmati makanan. Malaysia juga mempunyai panggung yang berkonsepkan sebegini iaitu TGV Indulge

Buda Bed Cinema, Budapest, Hungary

Panggung wayang yang terletak di Budapest ini tidak menyediakan kerusi, tetapi sebaliknya sofa bersaiz Queen yang sangat selesa dan anda boleh duduk bersama-sama keluarga. Apa yang boleh anda lakukan? Menonton sambil berbaring, cuma jangan tertidur.

Velvet Class, Blitz Complex, Indonesia

Merupakan salah sebuah panggung wayang terbesar di Indonesia. Blitz Complex mempunyai satu hall yang cukup istimewa dimana ia menyediakan katil kepada penonton. Malah ia turut meletakkan bantal serta selimut bagi keselesaan penonton dan juga jika penonton takut melihat hantu keluar. selain itu juga, meja kecil turut disediakan bagi memudahkan pengunjung meletakkan snek. Harganya tidak mahal, dalam USD20 sahaja atau kurang dari RM100 seorang. Jika berkungjung di sana jangan lupa singgah ke panggung tersebut, cuma jangan claim kata panggung itu meniru panggung di Malaysia ya!

IKEA Bedroom Cinema, Moscow, Russia

Pelik-pelik cara pengusaha panggung dalam menyediakan tempat yang selesa kepada pelanggan mereka. Panggung wayang yang terletak di Russia ini tidak hanya menyediakan katil, tapi mereka beri anda satu bilik terus! untuk anda menonton filem. Jika macam ini punya konsep, saya cadangkan anda beli TV 50inci, saound sistem Dolby Surround dan tonton dirumah sahaja.

Paragon Cineplex, Siam Paragon Thailand.

Sudah jadi konsep yang cliche pula. Panggung wayang di Thailand ini juga menyediakan katil dan lengkap dengan selimut, bantal serta anak patung untuk anda menonton filem. Cuma anda jangan terkejut dengan harganya, ia mencecah RM380!

Beanieplex TGV, Malaysia

Apa? anda ingat panggung wayang di Malaysia cikai sangat ka? Panggung wayang dinegara kita juga menyediakan tempat yang cukup selesa untuk kita duduk. Konsepnya lari dari konsep tipikal panggung mewah. Jika panggung wayang dinegara lain menyediakan katil, Beanieplex TGV ini menyediakan katil yang diperbuat daripada beanbag. Jadi anda tidak akan rasa sakit badan kerana ia akan mengikut bentuk badan anda. Hanya terdapat Beanieplex di Malaysia iaitu terletak di 1 Utama, Sunway Pyramid, Setiawalk, Tebrau City, Bukit Indah, dan 1st Avenue.

Sumber: World of Buzz

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here