Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

5 Sebab Kylo Ren adalah Luke Skywalker


Star-Wars-Episode-7-Spoilers-Fan-Poster-by-MessyPandas-at-DeviantART

Ramai peminat-peminat filem Star Wars tidak sabar menunggu sambungan sekuel Star Wars saga Disember ini iaituĀ The Force Awakens.Ā Banyak pekara sedang yang bermain difikiran mereka tentang perjalanan dan karakter-karakter baru yang bakal muncul dan tidak ketinggalan kemunculan karakter-karakter asal dalam filem terbaru ini seperti Luke Skywalker dan Hans Solo.

Tetapi disebalik kemunculan karakter-karakter baru ini, terdapat satu persoalan tentang salah satu karakter antagonis dalam filem ini. Karakter yang dimaksudkan ialah Kylo Ren. Siapakah penjahat yang memegang lightsaber merah dalam filem ini? ada peminat yang mengatakan dia adalah Sith terbaru selepas Dark Vader dan terdapat juga pendapat yang lebih radikal, Kylo Ren sebenarnya adalah Luke Skywalker.

Agak kasar jugakan pendapat tu? Mungkin Luke adalah Kylo Ren, mungkin juga tidak, tapi kami disini ingin kongsikan beberapa ‘hint’ yang mendedahkan Kylo Ren mungkinĀ Luke Skywalker. Teruskan membaca jika ingin mengentahuinya dan anda nilaikan sendiri.

1. Fesyen yang sama

Kylo Luke Skywalker

Kali terakhir kita melihat Luke Skywalker adalah dalam filemĀ Return of the JediĀ dan memakai pakaian yang banyak berwarna gelap. Malah semasa dia di Planet Tatooine, dia memakai glove berwarna gelap, siapa yang memakai glove di tengah-tengah kawasan gurun? Hanya mukanya sahaja yang terdedah dan tidak ditutupi pakaian berwarna gelap.

Mari kita lihat pakaian yang dikenakan oleh Kylo Ren dalam filem ini, fesyennya sama seperti Luke Skywalker cuma kali ini dia mengenakan topeng untuk menutup wajahnya. Luke gemar mengenakan pakai-pakai yang mempunyai satu warna dan warna yang kerap dipakai adalah hitam. Jadi fesyen diantara Luke Skywalker dan Kylo Ren tampak sama


2. Topeng yang dipakai oleh Kylo Ren

kylo-has-a-silly-obviously-fake-voice

Apabila mendengar Kylo Ren bercakap, sama seperti Darth Vader. Tahukah anda, hanya dua individu sahaja yang tahu bahawa topeng yang dikenakan oleh Darth Vader akan mengubah suara dan bunyinya. Individu yang dimaksudkan ialah Luke Skywalker dan the Emperor, individu yang mengubah Anakin kepada Darth Vader.

Dalam filem terbaru, the Emperor telah pun mati (Mati dibunuh oleh Darth Vader dalam filemĀ Return of the Jedi),Ā jadi hanya Luke sahaja tahu rahsia topeng yang dipakai oleh bapanya. Tambahan pula, Kylo Ren sangat obses pada Darth Vader dan dia sentiasa meniru karakter idolnya. Mungkin dengan memakai topeng dilihat seperti mengikuti idolanya, tapi kenapa perlu menukar suara? adakah kerana benar-benar ingin meniru Darth Vader atau menyembunyikan identitinya.

3. Custom Lightsabers

luke-likes-to-make-custom-lightsabers

Lightsabers adalah senjata yang sangat kool dan sukar untuk dibuat. Ianya juga sangat berkuasa malah lagi efektif jika hendak dibandingkan dengan senjata blasters. Setakat ini, hanya Luke sahaja yang diketahui membuat lightsaber sendiri. Dia membuatnya sendiri selepas tangannya yang memengang lightsaber telah dipotong oleh Darth Vader.

Jika dilihat lightsaber yang digunakan oleh Kylo Ren, ia tidak seperti lightsaber biasa, ia kelihatan seperti dibuat sendiri. Baca balik perenggan diatas, hanya Luke sahaja yang diketahui membuat lightsaber sendiri. Disini ada dua persoalan, adakah Luke adalah Kylo Ren atau Luke membuat lightsaber untuk Kylo Ren. persoalan pertama mungka YA, tetapi persoalan kedua agak samar-samar kerana Lightsaber berwarna merah dikhaskan untuk Sith yang diketahui sebagai penjahat. Agak mustahil Luke membina lightsaber yang bakal digunakan untuk membunuh orang, melainkan Luke sendiri adaah Kylo Ren.

4. R2D2 diusap Kylo Ren.

Star Wars Screenshot

Dalam salah satu trailerĀ The Force Awakens,Ā terdapat satu babak dalam trailer tersebut yang menunjukan R2D2 diusap oleh Kylo Ren, malah tangan yang mengusap kelihatan seperti tangan robot. Ada dua kemungkinan disini yang menunjukkan Luke Skywalker adalah Kylo Ren. Satu, Kylo Ren mengenali R2D2 dan R2D2 mengenali Kylo Ren dan yang kedua tangan robotik Kylo Ren adalah tangan Luke Skywalker (Luke Skywalker kehilangan tangan akibat dipotong oleh Darth Vader). Jadi maknanya apa? Kylo Ren berkemungkinan besar adalah Luke Skywalker.

5. Kylo Ren memiliki kepala Darth Vader

kylo-has-darth-vaders-head

Dalam filemĀ Return of the Jedi, Luke melepaskan diri dari pengkalan Death Star dengan membawa mayat ayahnya Darth Vader dan pergi ke planet Endor. Disana, dia telah membakar jasad Darth Vader dalam majlis pengembumian Darth Vader. Kemudian dalam trailerĀ The Force Awakens,Ā jelas kelihatan Kylo Ren memengang helmet Darth Vader yang telah terbakar. Bagaimana Kylo Ren memiliki helmet tersebut? pelik bukan. Adakah Kylo Ren pergi ke planet Endor dan telah menjumpai helmet tersebut secara tidak sengaja? Apa yang pasti, kemungkinan Luke sendiri yang membawa balik saki baki yang tinggal selepas membakar mayat Darth Vader dan kemudian bertukar menjadi jahat dimasa hadapan.

Point-point yang kami nyatakan disini adalah pendapat kami sahaja, mungkin ianya sekadar kebetulan, tapi siapa tahu yang Kylo Ren adalah Luke Skywalker. Lagipun pengarahĀ J.J. Abrams ini sebenarnya suka membuat kejutan dalam setiap filem arahannya. Tambahan pula, jika anda peminat filem Star Wars, anda pasti perasan yang Master Yoda pernah memberitahu Luke Skywalker ini mempunyai kuasa yang kuat tetapi enggan melatih Luke kerana takutĀ Luke gagal mengawal kemarahan dan menjadi jahat seperti ayahnya. Mungkin filem ini mendedahkan yang Luke Skywalker telah berubah menjadi jahat seperti Darth Vader


Related posts

Fan Poster “The Mandalorian” Gambarkan Sebastian Stan Sebagai Luke Skywalker

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Is Mohd

Peminat Star Wars Lancarkan Petisyen Desak Filem Star Wars: The Last Jedi Dikeluarkan Dari Siri Asal

Is Mohd

Star Wars: Asal Usul Dan Maksud Disebalik Warna Lightsaber

Kakimuvee

Poster Terbaru Star Wars Kuatkan Teori Peminat Luke Bakal Berubah Kearah Kegelapan?

Kakimuvee

Darth Vader Muncul Dalam Filem Han Solo?

Kakimuvee