5 Filem Aksi Dari Asia Yang Menarik Untuk Ditonton

Apakah filem-filem aksi Hollywood yang menjadi kegemaran anda untuk tahun ini? John Wick: Chapter 2?, Atomic Blonde? American Made? atau yang baru ditayangkan American Assassins? Rasannya semua menarik bukan. Tapi tahukah anda, produksi filem asia juga banyak menerbitkan filem-filem aksi yang setanding dengan Hollywood, malah ada yang lebih menarik dan gore filem-filem barat.

Kami di Kakimuvee ingin kongsikan beberapa filem aksi dari Asia yang menarik untuk anda tonton.

1 Hard Revenge Milly (2009, Jepun)

Filem dari Jepun ini mengisahkan Milly yang ingin membalas dendam terhadap beberapa individu yang telah membunuh suaminya dan anaknya. Milly yang terselamat selepas ditikam bertubi-tubi oleh kumpulan terbabit telah bersumpah akan menuntut bela diatas kematian suami dan anaknya itu. Filem ini boleh dikatakan agak gore dengan kesan-kesan manusia ditikam, dibelah, dipenggal dan juga dicarik-carik serta penuh dengan tumpahan darah. Sesuai untuk mereka yang gemarkan filem seperti ini.

Hard Revenge Milly dibintangi oleh Miki Mizuno, Hiroshi Ohguchi, Tetsuya Nakamura dan ramai lagi.

2. Confession of Murder (2012, Korea Selatan)

Seorang detektif menjejak seorang pembunuh bersiri yang telah membunuh 10 wanita sejak tahun 1989-1990. Detektif tersebut hampir menangkap pembunuh tersebut, tetapi penjahat terbabit berjaya melarikan diri selepas kedua-dua bergelut. Detektif yang dikenali sebagai Choi mengalami kecederaan parah sehingga meninggalkan parut pada badannya, manakala pembunuh tersebut berjaya ditembak dibahu. 15 tahun kemudian, sebuah novel telah dikeluarkan yang menceritakan pengakuan seorang pembunuh yang melakukan pembunuhan bersiri pada 17 tahun yang lalu.

Sejak dari situ, bermulalah thriller yang begitu menarik dan mendebarkan untuk anda tonton dimana waris mangsa mula memburu penulis novel berkenaan bagi membalas dendam, dan pemburu detektif berkenaan bagi menangkap pembunuh sebenar. Awas! filem arahan Jung Byung-gil ini mengandungi plot twist yang sangat menarik.

3. Deadman Inferno (2015, Jepun)

Filem zombi ala Jepun arahan Hiroya Shinagawa. Mengisahkan seorang bekas Yakuza, Takashi yang dibebaskan dari penjara dan mahu berjumpa anaknya yang dijaga oleh ketua Yakuza yang juga merupakan rakannya Hiroya Munakata. Namun anaknya, Hyuga tidak mahu berjumpa bapanya dan melarikan diri ke sebuah pulau yang diberi nama Zeni.

Hiroya, Takashi dan orang bawahan Hiroya iaitu Shinya telah pergi ke pulau terbabit bagi mencari anak rakannya itu, namun mereka dapat, pulau tersebut dipenuhi dengan zombi yang ingin memburu dan memakan daging manusia.

4. Jailbreak (2017, Kemboja)

Filem aksi seni mempertahankan diri ala The Raid, tetapi yang ini adalah versi Kemboja. Filem ini bukan sahaja meletup di negara sendiri malah turut mendapat pengiktirafan dari negara lain menerusi festival-festival filem. Antara yang membuatkan filem Jailbreak ini menarik adalah babak choreography begitu menarik yang mana ianya disusun sendiri oleh Jean-Paul Ly dan Dara-Our, pelakon utama filem berkenaan, Jean-Paul Ly merupakan stuntman untuk beberapa filem Hollywood termasuklah filem Lucy, Dr. Strange.

Jailbreak ini mengisahkan sekumpulan anggota polis yang terpaksa menjaga keselamatan seorang banduan yang mempunyai maklumat penting tentang satu organisasi jenayah dari dibunuh oleh banduan-banduan yang merusuh dan ingin memburu banduan yang dilindungi oleh polis itu.

5. Wolf Warriors II (2017, China)

Wolf Warrior II dikatakan berada tangga keempat dalam senarai filem paling laris untuk tahun ini dengan mengutip hampir $871 juta. Filem keluaran produksi China dan arahan Wu Jing ini merupakan kesinambungan dari filem pertama yang berjudul Wolf Warriors. Mengisahkan sseorang bekas tentera elite Leng Feng, yang bersara dan bekerja sebagai askar upahan untuk menjaga keselamatan kapal-kapal dagang yang melalui kawasan perairan Afrika. Sedang bercuti dari tugas, tentera pemberontak cuba melakukan rampasan kuasa dan memberi ancaman kepada sekumpulan pasukan medik China yang sedang bertugas dan juga sebuah kilang yang mempunyai ramai pekerja-pekerja dari China. Feng yang merupakan bekas tentera, telah membahayakan nyawanya untuk pergi menyelamatkan sekumpulan doktor yang terperangkap.

Selain Wu Jing sebagai pelakon utama, terdapat pelakon Hollywood turut membintangi filem ini iaitu Frank Grillo

Post Author: Kakimuvee

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *