3 Maut Dalam Insiden Tembakan Semasa Tayangan Filem Trainwreck

0
170
views
Sumber: www.people.com
Sumber: www.people.com

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala tujuh lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah pawagam di Lafayette, Louisiana, kelmarin. Jurucakap pihak berkuasa memberitahu insiden menggemparkan di Amerika Syarikat itu berlaku pada jam 7 malam (waktu tempatan) ketika filem Trainwreck sedang ditayangkan.

“Suspek berusia 58 tahun itu turut menembak dirinya sendiri sejurus anggota keselamatan tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian,”

                                                                                                             – Ketua Polis Lafayette, Jim Craft.

Difahamkan, pihak berkuasa enggan mendedahkan identiti suspek dan motif kejadian serangan itu juga tidak didedahkan kepada umum.

Hasil siasatan awal polis turut menemui objek mencurigakan di dalam kereta suspek yang dipercayai mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Sementara itu, saksi mendakwa suspek dilihat berdiri selama 20 minit sebelum melepaskan tembakan secara tiba-tiba ke arah penonton, lapor Reuters. – Sinar Harian

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here