2 Gambar Pertama Wonder Woman 1984 Telah Didedahkan, Chris Pine Kembali Sebagai Steve Trevor

0
99
views

Warner Bros. Pictures telah mendedahkan 2 gambar pertama dari filem kedua Wonder Woman yang berjudul Wonder Woman 1984. Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dibawah.

Berlatarbelakangkan era 80-an, Wonder Woman akan berhadapan dengan musuhnya yang terbaru itu Cheetah. Dalam sekuel kali ini, Kristen Wiig akan membawakan watak super-villain, The Cheetah. Selain itu juga dibintangi oleh Pedro Pascal serta menyaksikan kembalinya Chris Pine yang akan membawakan watak beliau, Steve Trevor.

Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Patty Jenkins, Stephen Jones dan Gal Gadot bertindak selaku penerbit. Patty Jenkins kembali mengarahkan sekuel ini selepas kejayaan filem pertama Wonder Woman. 

Wonder Woman 1984 dijangka akan menemui penonton pada 1 November 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here