Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Arkib

15 Filem Menarik Untuk Ditonton Pada Bulan Oktober


October-2015-Movie-Releases
Sumber gambar: fatmovieguy.com

Selepas kegagalan filem Bravo 5  dan kejayaan besar filem Polis Evo mengutip keuntungan terbesar dalam sejarah filem tempatan, mari kita lihat pula filem-filem yang bakal ditayangkan pada bulan Oktober ini.

Jika dilihat, bulan 10 tidak kurang hebatnya, banyak filem-filem hebat samada dari scene tempatan dan luar negara yang bakal dan sedang ditayangkan di pawagam. Pilihan kami adalah filem The Martian dan Goosebumps, anda pula bagaimana?. Tak mengapa, disini kami senaraikan 15 Filem Menarik Untuk Ditonton Pada Bulan Oktober yang boleh digunakan sebagai rujukan anda apabila ingin menonton wayang.

1. Mr. Holmes

mr_holmes

Genre: Drama/Penyiasatan.
Pelakon: Ian McKellen, Laura Linney, Hiroyuki Sanada
Bahasa: Bahasa Inggeris

Kepada peminat filem Sherlock Holmes lakonan Robert Downey Jr. mereka berpeluang untuk menonton Mr. Holmes yang kini sudah berumur 93 tahun. Filem ini ditayangkan pada 1 Oktober yang lalu dan telah mendapat rating sebanyak 7.4/10 dari iMDb.

Detektif Sherlock Holmes kini sudah berusia 93 tahun dan sudah bersara. Dia mengimbau kembali kehidupan masa lampaunya di rumahnya di Sussex, yang mana dia cuba mengingat kembali memori pada zaman mudanya iaitu pada kemuncak kerjayanya dan lawatannya ke Jepun.


Tarikh Tayangan: 1 Oktober 2015

Official Trailer

2. The Martian

martian-matt-damon-2015-trailer

Genre: Sains Fiksyen
Pelakon: Matt Damon, Jessica Chastain, Michael Pena, Kristen Wiig, Jeff Daniels, Kate Mara
Bahasa: Bahasa Inggeris

Adaptasi dari novel Andy Weir, The Martian. Filem lakonan Matt Damon ini mengisahkan angkasawan ditertinggal di semasa misi ke planet Marikh dan telah dianggap mati oleh NASA. Ini merupakan filem sains fiksyen pertama untuk pengarah Ridley Scott. Filem ini telah ditayangkan di US pada 2 Oktober yang lalu dan telah menerima kritikan positif dari penonton dan mendapat rating sebanyak 8.5/10 dari iMDb.

Filem ini dikatakan antara filem yang bakal meletup dalam tahun 2015 ini, dan merupakan filem sains fiksyen paling berjaya untuk tahun ini selepas kegagalan filem-filem seperti Chappie, Jupiter Ascending, dan Tomorrowland

Tarikh Tayangan: 2 Oktober 2015

Official Trailer

3. Rembat

Filem Rembat

Genre: Aksi Komedi
Pelakon: Ah Niu, Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sam Chong, Zara Zya
Bahasa: Bahasa Melayu

Filem ini mengisahkan mengenai Chin Chye (Aniu) dan Malik (Shaheizy Sam), dua orang penyokong tegar bola sepak Malaysia. Mereka punyai latar belakang berbeza, cita-cita berbeza, tetapi hanya satu persamaan sahaja iaitu mereka adalah penyokong Harimau Malaya

Tetapi mereka ditimpa malapetaka apabila terperangkap dalam sebuah pertaruhan perlawanan akhir bola sepak Malaysia menentang Thailand yang telah diatur oleh sekumpulan ah long. Pengembaraan mereka untuk melepaskan diri daripada ah long ditimpa pelbagai dugaan dan berubah menjadi pengembaraan yang penuh dengan aksi lucu

Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2015

Official Trailer

4. Pan

Hugh-Jackman-as-Blackbeard-in-Pan

Genre: Pengembaraan Fantasi
Pelakon: Hugh Jackman, Garrett Hedlund, Levi Miller, Rooney Mara, Amanda Seyfried
Bahasa: Bahasa Inggeris

Filem fantasi kanak-kanak Pan ini adalah hasil gabungan dua filem menjadi satu iaitu Peter Pan (lakonan Levi Miller) dan Captain Hook (lakonan Garret Hedlund). Filem Pan ini mengisahkan seorang anak yatim bernama Peter diculik oleh sekumpulan lanun dan mendapati dirinya kini berada di alam fantasi dan magik, Neverland. Di sana, dia hidup dalam dunianya yang gembira dan bahaya dan akhirnya telah menemui identiti dirinya yang sebenar dan menjadi seorang hero yang bernama Peter Pan.

Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2015

Official Trailer

5. The Walk

walk-movie-2015-gordon-levitt-reviews

Genre: Biografikal Drama
Pelakon: Joseph Gordon-Levitt, Ben Kingsley, Charlotte Le Bon, James Badge Dale, Ben Schwartz, dan Steve Valentine
Bahasa: Bahasa Inggeris

Filem The Walk adalah filem berdasarkan kiash sebenar pelaku lagak ngeri dari Perancis, Philippe Petit yang berjalan diantara World Trade Center, Amerika Syarikat pada 7 Ogos 1974 dengan seutas tali. Filem ini ditayangkan dalam versi 2D dan 3D. Filem ini diarahkan oleh pengarah Back To The Future, Robert Zemeckis

Tarikh Tayangan: 9 Oktober 2015

Official Trailer

6. Regression

regression

Genre: Thriller
Pelakon: Ethan Hawke, Emma Watson, David Dencik, Devon Bostick, Aaron Ashmore, David Thewlis
Bahasa: Bahasa Inggeris

Pada tahun 1990 di Minnesota, seorang detektif bernama Bruce Kenner sedang menyiasat satu kes yang mana seorang gadis bernama Angela telah menuduh bapanya, John Gray, melakukan jenayah seksual terhadapnya. Bagaimanapun John tidak mengingati langsung tentang kejadian itu. Kemudian seorang pakar psikologi, Dr Raines, telah ditugaskan untuk membantu John untuk mengembalikan memorinya dan ketika rawatan, mereka telah membongkar satu misteri yang amat menakutkan.

Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2015

Official Trailer

7. Goosebumps

Goosebumps new picture (1)

Genre: Komedi
Pelakon: Jack Black, Dylan Minnette, Odeya Rush, Amy Ryan
Bahasa: Bahasa Inggeris

Mengisahkan tentang Zach Cooper yang telah berpindah ke sebuah bandar kecil dan bertemu dengan Hannah, jiran barunya. Bapa kepada Hannah, R.L Stine, merupakan penulis kepada cerita “Goosebumps” dan telah menyimpan semua hantu dalam siri bukunya dan menguncinya. Satu hari, Zach dengan tidak sengaja telah melepaskan kesemua hantu tersebut dan mereka bertiga harus bekerjasama membawa kesemua hantu tersebut kembali ke tempat asal mereka.

Tarikh Tayangan: 14 Oktober 2015

Official Trailer

8. Badi

filem badi

Genre: Seram
Pelakon: Azwan Kombos, Adiba Yunus, Hanif Safuan, Sharissa Haris, Navilya Husna
Bahasa: Bahasa Melayu

Joe, Faiz, Tania dan Kila merupakan sekumpulan pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital. Mereka telah diberi tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah mati, Mek Nak. Namun semasa proses pemeriksaan, mereka telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. Malah salah seorang daripada mereka telah mencuri barang kepunyaan Mek Nak. Kesan daripada perkara itu, beberapa kejadian misteri mula berlaku selepas mereka terkena badi mayat Mek Nak.

Tarikh Tayangan: 15 Oktober 2015

Official Trailer

9. Crimsom Peak

crimson-peak-mia-wasikowska-tom-hiddleston

Genre: Seram
Pelakon: Tom Hiddleston, Jessica Chastain, Charlie Hunnam, Mia Wasikowska
Bahasa: Bahasa Inggeris

Filem Crimson Peak adalah filem seram romantik arahan pengarah dari filem Hell Boy, Guillermo del Toro dan ditulis oleh del Toro sendiri dan Matthew Robbins. Iannya mengisahkan tentang kehidupan seorang penulis muda bernama Edith Cushing, lakonan Mia Wasikowska, yang mendapati suaminya, Sir Thomas Sharpe (Tom Hiddleston) yang mempunyai rupa yang kacak, sebenarnya tidaklah seperti yang disangkakannya. Edith Cushing kemudianya merasakan rumah yang didudukinya adalah berpuaka dan dia perlu meninggalkan rumahnya itu

Tarikh Tayangan: 15 Oktober 2015

Official Trailer

10. Bridges of Spies

bridge-spies-trailer-tom-hanks

Genre: Drama thriller
Pelakon: Tom Hanks, Eve Hewson, Amy Ryan
Bahasa: Bahasa Inggeris

Gabungan pengarah Steven Spielberg dan aktor Tom Hanks pasti akan menghasilkan filem yang cukup mantap dan berkesan sekali. Kali ini mereka berdua bergabung sekali lagi untuk menghasilkan filem Bridge of Spies yang berdasarkan dari kisah sebenar Insiden U-2 yang terjadi pada tahun 1960, apabila seorang peguam bernama James Donovan, yang direkrut oleh CIA ketika Perang Dingin, diberi misi membuat rundingan bagi membebaskan seorang juruterbang bernama Francis Gary Powers, yang mana kapal terbangnya telah ditembak jatuh oleh Soviet Union.

Tarikh Tayangan: 15 Oktober 2015

Official Trailer

11. The Last Witch Hunter

The-Last-Witch-Hunter1

Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Pelakon: Vin Diesel, Rose Leslie, Elijah Wood, Michael Caine, Rena Owen
Bahasa: Bahasa Inggeris

Filem arahan Breck Eisner ini mengisahkan tentang seorang pemburu ahli sihir yang dalam misi untuk menentang musuh yang mahu menghapuskan manusia dengan satu wabak menakutkan. Untuk menentang musuh itu, dia mesti bekerjasama dengan seorang ahli sihir wanita yang mana ia tidak pernah terfikir untuk melakukannya.

Tarikh Tayangan: 22 Oktober 2015

Official Trailer

12. Love, Supermoon

love-supermoon_poster500-wordpress-e1442763016934

Genre: Komedi Romantik
Pelakon: Nadiya Nisaa, Farid Kamil, Rita Rudaini, Anne Ngasri, Fizz Fairuz
Bahasa: Bahasa Melayu

Filem romantik Love, Supermoon ini mengisahkan tentang persahabatan lima orang sahabat yang bermula sejak bangku sekolah dan bagaimana persahabatan mereka berkembang sehingga ke zaman universiti, alam pekerjaan dan bagaimana mereka mula bertemu pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga.

Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi. Setelah menamatkan zaman universiti, Triz bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, tetapi malangnya, hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat-syarikat penerbitan.

Berlainan pula dengan Razak, dia berjaya menjadi seorang doktor dan amat dikenali kerana sifat ‘playboy’ dan sering bertukar pasangan. Selepas bertahun-tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku  kehidupan, Razak dan Triz dipertemukan oleh takdir dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.

Tarikh Tayangan: 22 Oktober 2015

Official Trailer

13. Juvana 2

Juvana 2 1

Genre: Aksi
Pelakon: Johan As’ari, Zahiril Adzim, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Adam Shahz, Shera Ayob, Nad Zainal,
Bahasa: Bahasa Melayu

Filem kedua ini meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti.

Tarikh Tayangan: 29 Oktober 2015

Official Trailer

14. Paranormal Activiti: The Ghost Dimension

Paranormal-Activity-Ghost-Dimension

Genre: Seram
Pelakon: Chris J. Murray, Brit Shaw, Ivy George, Katie Featherston
Bahasa: Bahasa Inggeris

Ryan Fleege dan keluarganya berpindah ke sebuah rumah baru di mana Ryan dan adiknya Mike menjumpai sebuah kamera video dan kotak pita di dalam garaj. Pita tersebut menunjukkan Katie dan Kristi diajar oleh nenek mereka melakukan aktiviti paranormal. Bagaimanapun, mereka, termasuk isteri Ryan, Emily, dan anak perempuan Ryan berusia enam tahun, Leila, mula melihat kelibat Katie dan Kristi di dalam rumah. Ryan sekarang perlu mencari jalan untuk melindungi Leila yang menjadi sasaran kuasa jahat.

Tarikh Tayangan: 29 Oktober 2015

Official Trailer

15. Steve Jobs

steve-jobs-movie-michael-fassbender

Genre: Biographikal drama
Pelakon: Michael Fassbender, Kate Winslet, Seth Rogen, Jeff Daniels
Bahasa: Bahasa Inggeris

Filem biografi kedua Steve Job selepas tayangan yang pertama lakonan Asthon Kutcher. Filem kedua ini dkatakan lebih menarik dari versi yang pertama, malah pemenang anugerah Oscar, Danny Boyle (Slumdog Millionaire) dan Aaron Sorkin (The Social Network) merupakan pengarah dan penulis untuk filem ini. Kepada yang ingin menonton filem biografi Steve Job bolehlah menonton filem ini nanti terutamanya kepada peminat-peminat gadjet Apple.

Tarikh Tayangan: 23 Oktober 2015 (Malaysian release unknown)

Official Trailer

 

 

 


Related posts

7 Filem/Siri TV Survival Yang Pasti Buatkan Korang Melekat Di Tempat Duduk

Kakimuvee

7 Filem Sains Fiksyen Mengenai Angkasa Yang Harus Anda Tonton!

Kakimuvee

The Martian Review

Kakimuvee

Juvana 2 Official Trailer

Kakimuvee

5 Filem Baru Akan Datang Yang Paling Ingin Ditonton Oleh Peminat

Kakimuvee

The Martian Official Trailer

Kakimuvee