13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi Review

0
304
views

Benghazi-movie-800x445

Filem aksi tempur 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi adalah adaptasi dari kisah benar iaitu insiden serangan militan Al-Qaeda terhadap pejabat diplomat Amerika Syarikat & juga markas rahsia CIA yang terletak di salah sebuah bandar bergolak di Libya iaitu Benghazi.

Insiden yang berlaku pada petang 11 September 2012 ini telah menyebabkan kematian duta Amerika Syarikat, Pegawai kedutaan dan 2 kontraktor CIA (askar upahan US). Dari kisah inilah, pihak produksi 3 Arts Entertainment & Platinum Dunes dengan kerjasama Paramount Pictures telah menghasilkan kisah biografi perang ini bagi memperingati insiden ini. 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi diarahkan oleh pengarah filem Transformers & The Rock iaitu Michael Bay dan ditulis oleh Chuck Hogan berdasarkan buku yang dihasilkan oleh Mitchell Zuckoff iaitu 13 Hours

13 hours

Filem ini bermula dengan ketibaan Jack De Silva (John Krasinki) Benghazi, sebuah bandar yang cukup merbahaya, untuk menyertai sekumpulan askar kontraktor yang berkerja dengan agensi CIA dalam melindungi aset-aset CIA, keselamatan anggota CIA dan juga pelabur syarikat Exxon Mobile dari suasana bahaya selepas revolusi dan suasana perang saudara di Libya.

John bersama-sama Tyrone S. “Rone” Wood (James Badge Dale) dan 4 lagi askar kontrak CIA berkerja dan menjaga anggota CIA dalam suasana yang cukup tegang pada masa itu, ditambah pula dengan insiden tunjuk perasaan anti -Amerika yang sedang berlaku di negara-negara Afrika Utara disebabkan insiden filem amatur yang menghina agama islam yang dihasilkan oleh sebuah syarikat produksi Amerika.

13.hours_.thm_

Selepas beberapa bulan berkerja di negara bergolak itu, Amerika Syarikat telah menghantar seorang duta & seorang pegawai tanpa diiringi pasukan tentera seperti yang dilakukan dinegara-negara lain. Pegawai kedutaan ini hanya dikawal oleh beberapa anggota keselamatan US dan juga militant yang bersekutu dengan US. Disinilah bermula episod serangan militant anti-amerika terhadap kedutaan Amerika Di Benghazi dan juga markas agensi CIA. Tentera-tentera kontraktor CIA terpaksa mempertahankan markas mereka dari dimusnahkan oleh militan dan cuba menyelamatkan pegawai kedutaan US tanpa bantuan tentera mereka sendiri.

TONTON TRAILER 13 HOURS: THE SECRET SOLDIERS OF BENGHAZI

06HOURSJPSUB-master675

Seperti yang kita tahu, Pengarah Michael Bay sangat gemarkan efek-efek letupan dan tempur. Dalam filem ini efek letupan memang sangat Wow! Dan aksi tempur yang ditunjukan sangat superb. Kebanyakkan penonton memuji filem ini dari segi effek tempur dan aksi pertempuran antara kontraktor US dan Militan Libya. Cuma dari segi lakonan, dialog dan drama dalam filem ini sedikit kurang menarik dan agak flat. Tidak seperti filem tempur popular Michael Bay, The Rock yang mana aksi tempur, dialog, lakonan yang cukup perfek.

Mungkin disebabkan filem ini berdasarkan kisah benar, Michael Bay terpaksa memastikan filem ini tidak lari dari sejarah yang berlaku dan tidak mahu ia ditokok tambah.

13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi sebenarnya telah pun ditayangkan dengan lebih awal iaitu pada 15 January 2015 dan negara kita baru saja berkesempatan untuk menayangkan filem aksi ini. Kos pengambaran filem ini sebanyak $50 juta & lokasi pengambaran adalah sekitar negara Malta dan Morocco.

Jadi kepada peminat filem tempur / perang bolehlah ke pawagam terdekat untuk melihat aksi-aksi dan kesan-kesan khas hasil dari cetusan idea Michael Bay dan krew produksinya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here