Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

12 Superhero Terkenal Yang Tidak Mempunyai Abiliti Luar Biasa


Lazimnya, setiap superhero memiliki abiliti dan kuasa yang tiada pada manusia biasa. Antaranya kemampuan untuk terbang, bergerak laju, mengeluarkan tenaga dari badan, telepati atau sebagainya. Tetapi terdapat juga superhero yang tidak memiliki kelebihan tersebut. Tetapi disebabkan tahap intelektual yang tinggi, pakar dalam bidang tertentu, penggunaan teknologi maju serta memiliki kekayaan yang cukup luar biasa, mereka masih mampu untuk menjadi seorang superhero yang menentang penjahat.

Disini kami ingin kongsikan 12 Superhero yang tidak memiliki abiliti luar biasa tetapi cukup berkuasa dan sama hebat seperti superhero-superhero yang lain.

12. Hawkeye

Hawkeye merupakan karakter penting dalam dunia komik Marvel serta Marvel Cinematic Universe. Dia sangat mahir menggunakan anak panah untuk membunuh musuh dan juga bijak menggunakan peluang untuk menumpaskan pasukan lawan. Meskipun dia hanyalah manusia biasa, Hawkeye satu-satu Superhero yang mampu menewaskan Hulk dengan menggunakan satu panah sahaja.

11. Green Arrow

Seperti Hawkeye, Green Arrow juga pakar dalam menggunakan panah. Jika Deadshot tidak pernah tersasar tembakannya, Green Arrow juga begitu. Dia juga mahir melakukan ‘trick” dengan menggunakan anak panah untuk menewaskan musuh.

10. Cyborg

Victor “Vic” Stone adalah anak kepada seorang saintis yang bernama Silas Stone. Seorang yang mempunyai IQ yang sangat tinggi dan mahir dalam seni mempertahankan diri. Namun dia telah mengalami kecederaan yang teruk setelah eksperimen yang dilakukan oleh ayahnya dan ibunya Elinore Stone menghadapi masalah sehingga menyebabkan kematian ibunya. Bagi menyelamatkan anaknya itu, Silas telah menggantikan anggota badan Vic dengan metallic implant yang memberikan kelebihan seperti Technopathy, kuasa menyembuh, senjata moden dan pelbagai lagi.


9. Bucky Barnes

Seperti Cyborg, Bucky Barnes juga diberikan tangan cybernetic bagi menggantikan tangannya yang cedera teruk semasa perang dunia kedua. Bucky bukan sahaja pakar dalam seni mempertahankan diri, malah dia juga seorang marksman dan mempunyai tahap endurance yang tinggi.

8. Moon Knight

Moon Knight adalah karakter superhero Marvel yang mirip seperti Batman. Beliau merupakan seorang bekas US Marine dan juga peninju yang memberikan dia kelebihan dalam pertempuran “hand to hand combat”. Moon Knight mendapat superpower selepas diberi peluang kedua oleh dewa Khonshu semasa beliau diambang kematian. Abilitinya akan meningkat mengikut kitaran bulan, walaupun abilitinya bergantung kepada kitaran bulan, beliau masih menggunakan kudrat manusia biasanya, kelebihannya sebagai seorang jutawan dan kepakarannya dalam seni mempertahankan diri untuk menjadi pembanteras jenayah.

7. Black Widow

Scarlett Johansson Black Widow

Natasha Romanoff atau Black Widow telah dilatih sejak kecil oleh agensi perisikan Rusia untuk dijadikan sebagai perisik negara tersebut. Black Widow bukan sahaja dilatih dalam seni mempertahankan diri, dia juga mahir menggunakan pelbagai senjata dan pakar manipulasi. Beliau juga diberikan serum agar melambatkan proses penuaan. Black Widow pernah menewaskan Spider-Man serta membuatkan Iron Man berpeluh untuk menewaskannya.

6. Lex Luthor

Mesti anda terkejut Lex Luthor tersenarai dalam 10 superhero ini bukan? Ya, memang dia seorang villain diawal pengenalannya dalam siri Superman. Tetapi sejak kebelakangan ini terutamannya dalam The New 52, Lex Luthor telah mempamerkan sifat-sifat superheronya dan banyak membantu Justice League dalam menentang musuh. Seperti Iron Man, Lex Luthor bergantung kepada teknologi sutnya untuk berada sebaris dengan superhero DC.

5. The Punisher

The Punisher adalah contoh terbaik yang mana seorang Superhero tidak memerlukan teknologi untuk menjadi berkuasa. The Punisher aka Frank Castle adalah bekas seorang anggota tentera yang memberikan dia kelebihan sebagai seorang pakar strategi, seni mempertahankan diri serta pakar menggunakan senjata. Sifat dendamnya terhadap jenayah yang menyebabkan kematian ahli keluarga menjadi pendorong untuknya menjadi superhero yang berkuasa.

4. Katana

Tidak ramai sebenarnya tahu karakter DC bernama Katana ini. Thanks kepada filem Suicide Squad yang memperkenalkan karakter ini kepada penonton. Katana menggunakan pedang yang diberi gelaran Soultaker, dia mampu mencuri roh dari individu yang dibunuhnya dengan pedang Soultaker ini. Dia juga mampu berkomunikasi dengan roh terutamanya roh suaminya yang mati dibunuh dengan pedang Soultaker. Selain mahir menggunakan senjata, dia juga dilatih dengan beberapa seni mempertahankan diri dan mampu mempertahankan diri tanpa senjata disisinya.

3. The Bat Family

Batman merupakan satu-satunya superhero yang memiliki sidekick yang paling ramai. Batgirl, Damian Wayne, Tim Drake, Dick Grayson, dan Jason Todd semuanya adalah superhero dari kalangan manusia biasa yang sering berjuang bersama-sama Batman dalam membanteras musuh dan juga supervillain.

2. Batman

Batman merupakan superhero tanpa abiliti luar biasa yang cukup terkenal dikalangan peminat komik superhero. Kehebatannya dalam seni mempertahankan diri, tahap intelektual yang tinggi serta kekayaan luarbiasa menjadikan seorang superhero yang mampu duduk sebaris dengan superhero seperti Superman, Wonder Woman dan sebagainya. Beliau juga mempunyai pelbagai gajet, senjata serta bijak merancang strategi untuk menewaskan musuhnya. Contoh paling hampir ialah pertarungannya dengan Superman dimana strategi yang dirancangnya hampir mampu menewaskan Superman yang jauh lebih hebat darinya.

1 Iron Man

Sama seperti Batman, Iron Man atau Tony Stark memiliki empayar perniagaan yang cukup besar, cukup untuk dia hasilkan sut berteknologi tinggi serta robot-robot yang boleh digunakannya untuk membantunya bertempur dengan musuh. Bagaimanapun Iron Man bukanlah seorang pakar dalam seni mempertahankan diri, dia banyak bergantung pada kemajuan senjata yang terdapat pada sutnya sahaja. Selain itu juga, Iron Man dikatakan antara superhero Marvel yang paling tinggi IQ dikalangan superhero Marvel yang lain. Iron Man dan Batman sering menjadi perdebatan yang cukup lama dikalangan peminat superhero, serta kerap membandingkan siapa yang lebih hebat.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee