12 Strong Review

0
557
views

Seperti biasa, Hollywood seringkali menggunakan peristiwa-peristiwa penting dan bersejarah yang melibatkan anggota tentera mereka dalam menghasilkan sebuah filem perang. Black Hawk Down, Behind Enemy Line, 13 Hours of Benghazi, Rescue Dawn, Hacksaw Ridge adalah antara filem perang yang diadaptasikan dari insiden yang pernah terjadi dikalangan anggota tentera Amerika.

Yang terbaru, filem 12 Strong arahan Nicolai Fuglsig adalah sebuah lagi filem perang yang berdasarkan dari kejadian sebenar yang melibatkan anggota tentera US semasa diawal perang di Afghanistan. Pelakon filem Thor, Chris Hemsworth menjadi watak utama dengan memainkan peranan sebagai ketua kepada sepasukan anggota elit US, Kapten Mitch Nelson – karakter yang diinspirasikan dari individu sebenar, Mark Nutsch. Dibantu oleh Michael Shannon, Michael Peña, Navid Negahban, Trevante Rhodes, Geoff Stults, Thad Luckinbill, William Fichtner, dan Rob Riggle, kisah 12 Strong bermula selepas kejadian 11 September yang mengakibatkan ribuan penduduk US terbunuh akibat serangan pengganas terhadap menara berkembar World Trade Center di New York.

Mitch Nelson yang baru berpindah ke rumah baru telah menawarkan diri untuk menyertai misi kerajaan US membalas dendam terhadap kejadian tersebut dengan menyerang Afghanistan yang masa itu dikuasa oleh Taliban. Kerajaan US telah mensyaki Al-Qaeda yang diketuai oleh Osama Bin Laden menjadi dalang serangan berdarah itu dan kumpulan tersebut berada di Afghanistan dan dilindungi oleh kerajaan Taliban.

Bagi menjayakan misi, tentera US telah memilih beberapa pasukan elit mereka untuk membantu pemberontak Pakatan Utara dalam memerangi Taliban, menawan negara tersebut dan memusnahkan Al-Qaeda. Pasukan yang diketuai oleh Mitch Nelson yang terdiri daripada 12 anggota telah dipilih oleh pegawai pemerintah US untuk masuk ke negara Afghanistan dan berperang bersama-sama pasukan Pakatan Utara. Nelson perlu mendapatkan kepercayaan salah seorang jeneral Pakatan Utara yang juga seorang ‘warlord’ iaitu General Abdul Rashid Dostum (lakonan Navid Negahban) dan berperang bersama-sama mereka untuk menewaskan Taliban.

12 Strong adalah filem yang berdasarkan dari buku ‘non-fictional’ berjudul Horse Soldiers tulisan Doug Stanton. Horse Soldiers adalah sebuah buku yang menceritakan operasi rahsia CIA di Afganistan dan penyertaan awal tentera elit US membantu Pakatan Utara dalam operasi mereka memusnahkan Taliban.

Aksi-aksi perang yang ditonjolkan dalam filem 12 Strong bolehlah dianggap mendebarkan dan menarik. Cuma efek peperangnya dan gambaran pertempuran antara tentera dan musuh tidak sehebat filem Black Hawk Down, 13 Hours dan Hacksaw Ridge yang dilihat lebih ‘intense’

Dari segi lakonan, prestasi Chis Helmsworth boleh dianggap memuaskan.Beliau berjaya menonjolkan perwatakan dan karisma Mitch Nelson dengan baik sekali, cuma sebagai seorang warganegara Australia, pertuturannya dalam loghat Amerika tampak kekok sedikit. Watak jeneral Abdul Rashid Dostum lakonan Navid Negahban juga berjaya mencuri perhatian saya. Negahban benar-benar menjiwai perwatakan Rashid Dostum yang begitu membenci kerajaan Taliban dan juga sebagai seorang jeneral yang bengis.

Cuma dari segi perjalanan cerita, filem ini tidak begitu menekankan kisah sebenar 12 anggota tentera ODA 595 dalam mengubah landskap peperangan di Afghanistan. Ia hanya menumpukan karakteristik Nelson dan hubungannya dengan Rashid Dostum, manakala peranan 11 lagi anggota penting dalam ODA 595 terbiar begitu sahaja. Bagaimanapun, perjalanan ceritanya tidak begitu ‘draggy’ dan masih boleh ditonton walaupun dipertengahan ceritanya banyak melibatkan babak berdialog.

Secara keseluruhannya, 12 Strong boleh dijadikan koleksi peribadi anda yang gemarkan filem-filem perang, terutamanya yang berdasarkan kisah sebenar. Aksi-aksi perangnya menarik untuk ditonton terutamanya dibahagian akhir yang saya berpendapat begitu mendebarkan. Cumanya jika anda menonton filem ini, anda kena menganggap ia sekadar hiburan kerana ia memaparkan pekara sensitiviti untuk ditonton.

Rating Kakimuvee: 7.5

12 Strong

7.5

AKSI / DRAMA

8.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

8.0/10

PLOT / CERITA ASAL

6.5/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

8.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

7.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here