12 Strong & Den Of Thieves Gagal Saingi Jumanji

0
87
views

Walaupun sudah lama ditayangkan di panggung wayang, filem sekuel Jumanji: Welcome to the Jungle masih gah berada dicarta teratas Box Office domestik US apabila berjaya menambah $20 juta dollar pada minggu kelima tayangan menjadikan jumlah terkumpul Jumanji kini mencecah $767.8 juta seluruh dunia. Prestasi yang ditunjukkan filem arahan Jake Kasdan itu gagal disaingi dua filem aksi yang baru ditayangkan minggu ini iaitu, 12 Strong dan Den Of Thieves.

Filem terbitan Warner Bro. 12 Strong yang dibintangi oleh Chris Hemsworth, Michael Shannon, Michael Peña, dan Trevante Rhodes mengutip $16.5 juta pada minggu pertama tayangan, berada ditangga kedua carta Box Office US. Sementara itu filem rompakan thriller terbitan STXfilms, Den of Thieves yang turut ditayangkan pada minggu lepas berjaya mengutip $15.3 juta.

Filem arahan Steven Spielberg, The Post yang dibintangi oleh Tom Hanks dan Meryl Streep berada dicarta keempat Box Office US apabila mengaut $12.2 juta pada minggu kelima. Filem tersebut kini mengumpul  $45.2 juta dollar, masih belum mampu mengatasi modal pembikinan filem sebanyak $50 juta.

Filem muzikal lakonan Hugh Jackman The Greatest Showman berada ditangga kelima dengan kutipan tiket sebanyak  $11 juta dollar dan telah mengumpul $113.5 juta sejak ia ditayangkan lima minggu yang lalu. Filem Paddington 2 dan The Commuter berada ditangga keenam dan ketujuh dengan mengutip sebanyak $8.2 juta dolar dan  $6.7 juta dolar pada minggu lalu.

Star Wars: The Last Jedi  terus menambah kantung kutipan tiket mereka apabila berjaya mengaut $6.6 juta lagi dan berada ditangga kelapan carta Box Office. Jumlah terkumpul filem kelapan Star Wars itu kini telah mencecah $1.276 billion dolar, menjadikan filem ke-9 paling tinggi kutipan tiket sepanjang zaman.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here