10 Penjahat Paling Berkuasa Dalam Marvel Universe

0
948
views

Marvel-Comics-Villains-List

Filem yang berdasarkan dari komik Superhero Marvel semakin hari semakin banyak di pawagam, seiring dengan kemunculan filem – filem bergenre Superhero ini, pasti akan muncul watak – watak antogonis yang perlu hero hadapi. Yang terbaru adalah Filem Ant-Man yang menampilkan Yellowjackat sebagai penjahat dalam filem tersebut.

Oleh itu, semakin berkembang jalan cerita filem superhero Marvel ini, makin semakin berkuasa penjahat – penjahat yang perlu dihadapi oleh mereka. Mampukah superhero Marvel ini menentang penjahat – penjahat yang sangat berkuasa ini?

Ok disini kami senaraikan 10 penjahat Marvel yang paling berkuasa sekali yang perlu dihadapi oleh para Superhero Marvel

Avengers-Age-of-Ultron-Scrap-Villain

1. Ultron

Pejahat klasik komik Marvel, Ultron telah pun terkenal dalam filem The Avengers: Age of Ultron, walaupun dalam filem menunjukkan seolah – olah Ultron antara penjahat paling berkuasa, sebenarnya jika dilihat karakternya dalam Komik adalah lagi berkuasa dan kejam. Dicipta oleh Hank Pym (Bukan Tony Stark dalam filem The Avengers) dengar kadar kebijaksanaan A.I melebihi IQ manusia, dan berkemampuan meningkatkan diri sendiri sebelum menyerang The Avengers. Ultron mampu membina badan yang baru menggunakan Adamantium (besi paling berkuasa di dunia) selain daripada memiliki kuasa yang luar biasa, berkemampuan untuk terbang dan sangt laju. Sangat sukar untuk dimusnahkan dan banyak penjahat yang ingin hidupkan semula. Selain itu, Ultron mampu untuk mengawal teknologi dan mempengaruhi minda manusia dan berevelosi.

Dark-Phoenix-Marvel-Villains

2. Dark Phoenix

Dark Phoenix asalnya ada Jean Grey, Mutant yang mempunyai kuasa Psikik dan merupakan antara mutant yang berkuasa sekali. Penulis kepada siri komik X-Men kemudiannya memutuskan untuk mengejutkan para peminat X-Men apabila mengubah watak heroin Jean Grey kepada watak antogonis, dan hasilnya muncullah Dark Phoenix. Disebabkan Jean tidak dapat mengawal kuasa psikik dan telekinetiknya, dia berubah menjadi Dark Phoenix dan telah memusnahkan dunia Makhluk asing secara tidak sengaja. Perubahannya dari seorang mutant kepada makhluk yang sangat berkuasa menyebabkan rakan – rakan mutant gagal untuk membunuhnya. Jean menyedari yang digagal untuk mengawal kuasa, menyebabkan dia memusnahkan dirinya sendiri bagi mengelakkan dari membunuh rakan  – rakan X-Men dan menyebabkan kemusnahan yang lagi teruk

Most-Powerful-Marvel-Villains-List

3. Thanos

Karakter Thanos kerap muncul dalam filem – filem Marvel, terutamanya dalam filem Guardian Of Galaxy. Thanos adalah penjahat Makhluk asing yang juga dikenali sebagai Mad Titan. Kuasa Thanos adalah dari sarung tangan yang mengandungi batu Infinity yang memberi kuasa seperti kekuatan, kuasa psikik dan boleh bergerak dari satu dunia – ke satu dunia yang lain dengan mudah. Dia sangat kejam dan telah membunuh berbillion makhluk seluruh angkasa termasuklah bangsanya sendiri. Thanos juga dikatakan karakter tiruan DC iaitu Darkseid.

Vulcan-Gabriel-Summers-Marvel-Villains

4. Vulcan

Vulcan adalah saudara kepada Alex dan Scoot Summers (Havok dan Cyclops) dan mempunyai kuasa seperti saudaranya iaitu menghasilkan tenaga luar biasa dari badan mereka. Vulcan dikenali sebagai Gabriel, dikatakan lagi berkuasa dari saudaranya itu. Mampu mengawal tenaga dalam segala bentuk termasuklah mengawal kuasa Cyclops yang dihasilkan dari laser mata termasuk menyerap abiliti mutant yang berada berdekatan dengannya. Gabriel menjadi penjahat setelah merasakan dirinya dikhianati oleh Profesor X dan menukar namanya menjadi Vulcan. Vulcan dikatakan menjadi pejahat diangkasa lepas bukanya dibumi dan menjadi ketua kepada empayar Makhluk asing.

Galactus-Silver-Surfer

5. Galactus

Asalnya karakter ini dicipta untuk menentang Fantasti Four. Galatus wujud sebelum terjadinya peristiwa ‘Big Bang’ yang menghasilkan dunia Marvel. Sangat berkuasa dan mampu mengunakan kuasanya untuk mengubah apa sahaja seperti menukar benda, teleport, mencipta kehidupan, menghidupkan makhluk yang sudah mati dan apa – apa sahaja. Orang suruhan Galactus adalah Silver Surfer (mesti ramai mengenali karakter ini)

The-Beyonder-Marvel-Villain

6. The Beyonder

The Beyonder diperkenalkan buat pertama kali adalah dalam siri komik Marvel, “Secret Wars”. Dia bukanlah mutant ataupun makhluk asing, tetapi entiti angkasa yang dikenali sebagai “The Beyonder” yang memasuki badan manusia. Kuasanya ialah mampu untuk membunuh syaitan, memusnahkan, menghidupkan dan membuat kembali apa – apa saja yang dikehendakinya. The Beyonder juga mampu mengelakkan Death(Karakter yang mencabut nyawa karater Marvel) dari membunuh dirinya. Bagaimana The Beyonder menggunakan kuasanya? dengan membuat superhero dan supervillain berperang demi keseronokkanya.

Annihilus-Marvel-Villains

7. Annihilus

Annihilus terjadi hasil evolusi serangga kepada pahlawan yang berkuasa. Annihilus akan memusnahkan apa saja kehidupan yang dia jumpa dan menganggap mereka sebagai ancaman. Annihilus juga menggangap The Avengers, Fantastic Four dan hampir kesemua superhero Marvel sebagai ancaman dan perlu dimusnahkan. Annihilus mendapat kuasa melalui ‘Cosmic Control Rod’ yang memberikannya kuasa luar biasa dan Immortality dan juga tenteranya iaitu 200 makhluk asing yang sangat berkuasa yang diambil dari setiap planet seluruh angkasa.

x-men-apocalypse-poster-oscar-isaac

8. Apocalypse

5000 tahun sebelum kewujudan Mutant, terdapat satu mutant yang dikenali sebagai Apocalypse. Dilahirkan dengan kulit berwarna kelabu dan berbibir biru pada zaman purba mesir. Disebabkan dia dilahirkan sangat pelik, dia dibiarkan untuk mati oleh kaumnya. Tetapi dia diselamatkan oleh sekumpulan pahlawan yang kemudianya mengelarkannya sebagai “En Sabah Nur” – immortal mutant yang pertama. Mempunyai kuasa luar biasa seperti kelajuan, kekuatan dan juga abiliti yang terdapat pada kesemua mutant. Dia juga mampu untuk membentuk badannya sendiri menjadikan pejahat yang paling yang sukar untuk dimusnahkan.

Marvel-Villains-Magus

9. Magus

Magus adalah pejahat yang ingin memusnahkan dunia / empire yang mempunyai agama dan mahu menghambkan penduduk di plane – planet yang ditawannya. Magus asalnya adalah Adam Warlock, hero yang dihasilkan dari teknik kejuruteraan dan menghasilkan manusia yang paling sempuran dan kuat. Disebabkan dirinya telah dipengaruhi dengan kekuasaan dia telah berubah menjadi Magus, penjahat dan pemerintah empire seluruh angkasa. Magus dimusnahkan oleh dirinya sendiri iaitu Adam Warlock (dirinya sewaktu muda) dengan mengunakan batu Infinity (Soul Gem).

Doctor-Doom-Marvel-Villains

10. Doctor Doom

Tidak semua penjahat memerlukan kuasa yang luar biasa. Victor Von Doom atau dikenali sebagai Doctor Doom adalah antara pejahat yang tidak mempunyai kuasa luar biasa. Memiliki IQ dan ilmu magis dari ibuny, Doctor Doom mengunakan kebijaksanaannya dan magis untuk menjadi pejahat yang berkuasa semata – mata mahu menentang bekas rakan sekolahnya dahulu, Dr. Reed Richards (Fantastic Four). Kemalangan semasa experiment di sekolah yang disebabkan oleh Dr. Reed menjadi punca permusuhan Doctor Doom terhadap Dr. Reed Richard.

Ok, dalam 10 penjahat diatas, anda rasa mana yang lagi berkuasa?

Sumber gambar: screenrant.com

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here