10 Pekara Pelik Dalam Filem KL Special Force

0
701
views

Filem terbaru Syafiq Yusof yang berjudul KL Special Force telah mencetuskan fenomena dikalangan peminat-peminat filem tempatan. Rata-ratanya memberikan reaksi yang cukup positif terhadap karya terbaru pengarah muda tersebut.

Saya yang telah menontonnya pada hari pertama tayangan nyata kagum dengan kehebatan pengarah muda itu yang begitu hebat menghasilkan sebuah filem aksi yang memberikan satu hiburan mantap kepada penonton.

Bagaimana, dalam kehebatan filem aksinya itu, masih terdapat beberapa persoalan yang bermain diminda saya dan juga kesilapan yang saya dapat tangkap semasa filem tersebut. Jadi saya ingin kongsikan apa ‘kepelikkan’ yang terdapat dalam filem KL Special Force.

*AMARAN! ARTIKEL INI MENGANDUNGI MAJOR SPOILER UNTUK FILEM KL SPECIAL FORCE*

  1. Kenderaan pacuan empat roda didalam bank

KL Special Force telah menyebabkan penonton tidak sempat menyelesakan diri dengan kerusi pawagam apabila aksinya telah dimulai seawal filem tersebut ditayangkan. Semasa anggota polis mengepung bank yang dirompak oleh kumpulan Anarkis, saya sangkakan mereka akan menyerbu keluar dari pintu bank, tetapi saya dikejutkan dengan sebuah kenderaan yang memecut keluar dari cermin kaca bank. Aksi ini membuatkan saya terpaku sebentar, bagaimana kenderaan sebesar itu boleh berada didalam sebuah bank yang terletak dipenjuru rumah kedai tanpa ada tanda-tanda bank tersebut telah dirempuh masuk oleh kenderaan itu.

2. Letupan bom di kedai makan.

Semasa DSP Roslan membawa Insp. Zul ke sebuah restoran dan bertelagah, tidak semena-mena, sebiji bom telah meletup. Saya perhatikan restoran tersebut seperti berada di pinggiran kota Kuala Lumpur kerana saya tidak nampak satu bangunan tinggi dihadapan kedai. Sejurus selepas letupan berlaku, hampir kesemua kenderaan MPV peronda yang saya ‘assume’ berada di tengan kota Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian sebelum berpatah balik ke lokasi asal kerana berlaku rompakan bank oleh kumpulan Anarkis. Persoalan, tiada MPV polis lainkah yang berdekatan dengan lokasi letupan bom? kenapa perlu memanggil semua MPV polis di tengah kota Kuala Lumpur? Nampaknya PDRM kena buka iklan jawatan kosong ni.

3. Tembak dikepala, penuh darah satu badan, tembakan bertubi pada badan Asyraf tetapi tiada darah

Semasa babak Asyraf menembak seorang lelaki yang bekerja di Bank Dato Meor, saya perhatikan begitu banyak darah pada mayat lelaki itu. Tetapi selepas Asyraf ditembak bertubi-tubi oleh anggota polis semasa dibabak akhir filem, tiada satu titik darah pun kelihatan pada badan Asyraf. Saya syak ketua penjenayah itu ada kuasa kebal dan akan kembali dalam KL Special Force 2!

4. Pegawal keselamatan kondominium pakai Submachine gun!

Buat pertama kalinya sepanjang saya hidup, seorang pengawal keselamatan menggunakan senjata submachine gun (saya perhatikan seperti senjata Heckler & Koch MP5). Kebiasaannya, saya tengok dibank-bank mereka menggunakan pumgun atau shortgun, tetapi ini submachine gun! bukan berkawal di bank tapi kondominium! jaga-jaga ya siapa yang nak menceroboh kondominium mewah di Kuala Lumpur lepas ini, mungkin ‘jaga’ disitu tidak pakai cota, tapi senjata taktikal!

5. Penjenayah letak kereta di petak kuning! DBKL tak buat kerjakah!

Semasa kumpulan Anarkis merompak bank di tengah bandaraya, perasan tak mereka meninggalkan van mereka di tengah-tengah kawasan lampu isyarat simpang empat. Kalau hari-hari biasa di KL saya jamin dah sesak, tetapi yang ini, jangan kata tak sesak, DBKL pun tak ‘towing’. Kalau dekat Sogo bukan main cepat diorang ‘clamp’ dan ‘towing’

6. Sniper diatas katil

Bila saya tengok trailer dan filem KL Special Force yang menunjukan Syamsul Yusof memegang sniper, wow! Barrett M107. 50 Caliber, kalau hit target ‘confirm’ bersepai kepala. Tapi bila diletakkan senjata itu atas katil, terus saya tepuk dahi dalam hati. Boleh melambung senjata tu wahai Ashraf kalau kamu mula menembak.

7. Peluru yang tidak habis

Babak tembak menembak dalam bilik memang ‘intense’! saya akui berdebar hati saya melihat babak tu, berdebar sambil hairan sebab peluru tidak habis. M16? saya anggap je diorang banyak magazine pada baju yang mereka pakai, Polis? itu yang saya pelik, pistol je pun tapi macam kelopak macam ada 30 biji peluru. Sama juga semasa babak di tembak-menembak di jalan raya, infinity bullet mode, ON!

8. Polis macam Stormtroopers

Agak pelik, jarak antara polis dan Asyraf semasa mereka mengepung tempat persembunyian penjenayah tidaklah jauh mana. Kelihatan seperti pasukan taktikal, siap ada sniper atas bumbung kenderaan pacuan empat roda, tetapi satu biji peluru pun tak singgah pada badan Asyraf. Adakah Asyraf ada ilmu kebal atau mata polis tu yang juling?

9. Patung mayat jelas kelihatan.

Jika anda perhatikan betul semasa babak Roslan menembak kereta yang dipandu adik Asyraf, anda akan perhatikan patung berpakai uniform polis terbaring disebelah kereta polis yang terbakar. Efek tembakan dan letupan boleh di CGI kan, takkan efek mayat terbaring tak boleh di’CGI’kan? jelas sangat patung tu.

10. Ramai kata tiru bulat-bulan filem Police Story

Ramai juga saya tengok yang ‘complain’ kata filem KL Special Force seperti filem lakonan Jackie Chan, New Police Story. Saya tengok tak sama pun, mungkin satu, dua bahagian yang kelihatan sama, tetapi jalan cerita KL Special Force berbeza dengan New Police Story. Jadi jangan kuartir, tengok filem arahan Syafiq Yusof ini dipawagam, berbaloi untuk anda keluarkan duit menonton filem aksi ini.

Diharap jangan ada fan yang ‘triggered’ ini sekadar hiburan, dan filem KL Special Force tidaklah sempurna 100% tetapi masih berbaloi untuk ditonton. Kakimuvee beri 7/10 dalam review yang anda boleh baca di sini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here