10 Karakter Yang Tiada Dalam Trailer Rasmi Avengers: Infinity War

0
50
views

Trailer rasmi filem Avengers: Infinity War telah menjadi fenomena di laman Youtube apabila berjaya mencecah 44juta penonton dalam tempoh masa 24 jam ia disiarkan. Trailer tersebut telah menampilkan hampir kesemua superhero Marvel Cinematic Universe yang sedang menantikan serangan dari penjahat paling berkuasa dalam MCU, Thanos yang mahu mengumpul kesemua batu-batu Infinity yang menjadi punca kepada peperangan diantara superhero Marvel dan Thanos.

Bagaimanapun, trailer tersebut tidak menunjukan beberapa karakter yang begitu ‘familiar’ dalam beberapa filem Marvel. Mari kita lihat karakter manakah yang tidak muncul dalam trailer Avengers: Infinity War.

1 Clint Barton/Hawkeye.

Salah satu watak yang cukup ‘familiar’ dalam MCU, tetapi ketiadaannya dalam trailer mengundang seribu persoalan samada beliau akan muncul dalam filem ketiga Avengers itu atau tidak. Dalam senarai pelakon di laman IMDb, nama Jeremy Renner yang membawakan watak Hawkeye tertera dalam barisan pelakon Avengers: Infinity War, tetapi terdapat ura-ura dari beberapa laman web antarabangsa yang mengatakan, watak ini mungkin hanya muncul dalam Avengers 4 dan tidak muncul dalam Avengers 3 kerana dia dalam persembunyian ataupun berkabung disebabkan kematian ahli keluarganya.

Apapun kita nantikan filem Avengers 3 untuk melihat samada Clint Burton akan menyertai ahli Avengers yang lain memerangi Thanos dan Black Order. Tetapi yang pasti, Clint Burton sah akan muncul dalam Avengers 4 dengan penampilan terbaru sebagai Ronin.

2. Ant-Man and The Wasp.

Paul Rudd juga seperti Jeremy Renner yang mana namanya tersenarai dalam senarai pelakon Avengers: Infinity War dilaman IMDb, tetapi tidak Evangeline Lilly yang membawakan watak The Wasp. Evangeline hanya disahkan menyertai Avengers dalam filem keempat. Khabar angin mengatakan timeline filem Ant-Man and The Wasp akan berlaku sebelum event Infinity War, jadi kita boleh assume, The Wasp mungkin pergi ke Quantum Realm (mungkin!) manakala Paul Rudd aka Ant-Man mungkin atau tidak sertai Avengers dalam Infinity War.

3. Nebula

Karen Gillan juga disahkan dalam senarai pelakon Avengers: Infinity War. Walaupun wataknya tiada dalam trailer, dia tetap akan muncul dalam filem Avengers 3 mengambil kira hubungannya dengan Thanos yang merupakan ayahnya. Nebula mungkin akan sertai Guardians of the Galaxy yang pergi ke Bumi untuk menentang Thanos.

4. Valkyrie

Sejak kemunculannya dalam Thor: Ragnarok, watak yang dilakonkan oleh Tessa Thompson ini menjadi bualan peminat-peminat Marvel. Namanya dalam IMDb buat masa ini disahkan sebagai ‘rumor’ sahaja, tetapi jika mengambil kira ‘mid-credit scene’ dalam filem Thor: Ragnarok yang menuju ke arah Infinity War, kemungkinan Valkyrie akan muncul menyertai superhero yang lain dalam menentang Thanos..melainkan dia terbunuh semasa kapal perang Thanos menyerang kapal angkasa Asgardians.

5. The Collector/Taneleer Tivan

Walaupun trailer rasmi tidak menunjukkan pemilih Batu Infinity Reality Stone ini, tetapi ‘leaked’ video klip Infinity War mengesahkan beliau akan muncul dalam filem Avengers: Infinity War.

6. Shuri

Adik kepada Black Panther ini tidak ditunjukkan dalam trailer rasmi Infinity War, walaupun begitu, beliau tetap akan muncul dalam filem tersebut memandangkan Wakanda bakal diserang oleh tentera-tentera Thanos dan Black Order. Dia perlu bersama-sama tentera Wakanda dan superhero Bumi mempertahankan Wakanda dari dihancurkan oleh villain filem ini. Letitia Wright yang membawakan watak Shuri juga disahkan antara pelakon dalam filem Avengers 3 oleh laman IMDb.

7. Peppers Potts

Setelah lama tidak memunculkan diri selepas filem Iron Man 3, akhinya love interest Tony Stark muncul kembali dalam filem Spider-Man: Homecoming. Watak Peppers Potts tidak kelihatan dalam trailer Infinity War, tetapi nama Gwyneth Paltrow tertera dalam senarai pelakon di IMDb dan gambarnya terlibat dalam pengambaran Infinity War juga dikongsikan oleh Jon Favreau di laman sosial.

8. Black Dwarf dan Ebony Maw

Thanos tidak bersendirian ketika menyerang bumi untuk merampas batu infinity dari tanngan superhero Bumi, penjahat tersebut datang bersama-sama kumpulannya iaitu Black Order dan bala tenteranya. Dalam trailer rasmi, watak Proxima Midnight dan Corvus Glaive telah ditunjukan, tetapi Black Dward dan Ebony Maw tidak ditunjukkan. Mereka tetap akan muncul kerana Black Dward dan Ebony Maw adalah anggota Black Order

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here