Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 Filem Tempatan Terbaik 2016


filem-tempatan-terbaik-2016

2016 bakal melabuhkan tirai dan dunia seni tanah air masih semakin subur dengan filem-filem terbaru, menarik dan berkualiti tinggi. Tahun ini jugalah beberapa filem telah mencapai kejayaan memberangsangkan dan terdapat juga filem-filem yang tersungkur dibumi sendiri. Kami di Kakimuvee ingin mengucapkan syabas kepada pembikin-pembikin filem tanah air yang semakin maju kehadapan dengan memberikan cerita-cerita yang fresh kepada penonton.

Kesemua filem-filem tempatan yang dihasilkan pada tahun ini hebat-hebat belaka dan sukar untuk kami memilih mana yang terbaik dikalangan filem-filem tempatan ini. Jadi disini, kami senaraikan 10 filem Tempatan Terbaik 2016 pilihan team kakimuvee. Pilihan kami berdasarkan penerimaan peminat, pencapaian dalam dan luar negara, kualiti dan juga kutipan tiket sepanjang tahun.

juvana-3-perhitungan-terakhir

10. Juvana 3

Filem sekuel terakhir Juvana arahan pengarah Faisal Ishak. Juvana 3 mendapat tempat ke-10 dalam senarai kami disebabkan aksi yang begitu menarik yang ditunjukan dalam filem ini.

Lakonan mantap Johan Asari, Zahiril Adzim dan beberapa pelakon lain berjaya menghasilkan impak yang besar kepada kejayaan filem ini.


Juvana 3 telah mendapat rating sebanyak 6.6/10 di laman IMDB, dan berjaya meraih pulangan sebanyak RM1.24 juta.

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

9. Upin Ipin: Jeng Jeng Jeng

Walaupun dicalit dengan kontroversi, filem hasil gabungan live-action dan Animasi  terbitan Les Copaque dan KRU Studio ini berjaya mengaut kutipan tiket hampir RM4 juta.

Review yang diterima juga bercampur-campur, ada peminat yang mengatakan storyline filem sangat baik, dan terdapat juga peminat yang kecewa dengan kemunculan animasi Upin Ipin yang begitu sedikit, tidak seiring dengan tajuk filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng.

poster-filem-desolasi

8. Desolasi

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan kelainan dalam industri filem tempatan 2016 apabila teknik CGI nya dalam filem Desolasi benar-benar memukau mata penonton. Kehebatan team produksinya dalam memadam penduduk Kuala Lumpur telah mendapat perhatian meluas di media-media cetak tanah air.

Setakat ini, filem Desolasi telah mendapat kutipan tiket sebanyak RM1 juta dan telah mendapat rating di IMDB sebanyak 8.2/10.

interchange-film-3

7. Interchange

Walaupun filem Dain Said ini gagal mendapat tempat dihati peminat tempatan, tapi filem ini dilihat sebagai salah satu filem tempatan berkualiti tinggi yang dihasilkan pada tahun ini.

Menampilkan dua pelakon terkenal tanah air dan seberang iaitu Shahiziey Sam dan Nicholas Saputra, ia menceritakan kehidupan Adam (Iedil Putra), seorang jurufoto forensik yang tergangu akibat masalah halusinasi. Dia menyertai rakannya, Detektif Man (Shaheizy Sam) dalam melakukan siasatan dalam bebrapa siri pembunuhan ngeri di Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, filem fantasi – thriller ini hanya mampu mengaut RM300,000 kutipan tiket dan tidak bertahan lama di pawagam tempatan.

hanyut-movie

6. Hanyut

Satu lagi filem berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh pengarah U-Wei. Filem ini sebenarnya sudah selesai tayangan pada tahun 2012 namun mengalami masalah untuk ditayangkan di Malaysia pada masa itu dan hanya dapat ditayangkan pada tahun ini.

Bajet pembikinan Filem adaptasi dari Novel, Almayer’s Folly ini dikatakan mencecah hampir RM18 juta namum pulangannya sangat mengecewakan sepanjang tayangan di pawagam.

Filem Hanyut mendapat rating 7.4/10 di IMDb

mat motor 2

5. Mat Motor: Kami Bukan Mat Rempit

Pekin Ibrahim cuba menghasilkan filem mengenai Mat Motor diluar storyline yang cliche sepertimana filem-filem mat motor yang lain. Dah hasilnya, filem Mat Motor: Kami Bukan Mat Rempit diterbitkan dan ditayangkan pada Januari 2016.

Apa yang menariknya mengenai filem Mat Motor ini, Pekin menampilkan beberapa bekas pelakon utama filem-filem berkisahkan mat motor dalam filem ini antaranya Dato Rosyam Nor, Faizal Hussain, Shaheiziey Sam dan Syamsul Yusof. Mereka merupakan bekas pelakon utama dalam filem KL Menjerit, Adnan Sempit dan lain-lain lagi.

Mat Motor: Kami Bukan Mat Rempit telah mendapat kutipan kasar sebanyak RM4 juta. Filem ini mendapat beberapa anugerah menerusi Pelakon Terbaik dan Pelakon Baru Wanita Terbaik dalam anugerah Festival Filem Malaysia Ke-28.

Rock Bro

4. Rock Bro

Rock Bro, kisah perjalanan terakhir kumpulan Rock Rimba Bara. Setelah dua filem sebelum ini iaitu Rock dan Rock Oo sukses, Mamat Khalid kembali dengan menghasilkan filem terakhir Trilogi Rock iaitu Rock Bro.

Walaubagaimanapun, ramai peminat berpendapat filem Rock Bro! tidak sehebat dua filem terdahulu dan kurang kelakar.

Rock Bro! Berjaya mendapat kutipan tiket sebanyak RM4.6juta selama 3 minggu tayangannya.

Munafik 4

3. Munafik

Filem Munafik arahan Syamsul Yusof ini bukan sahaja berjaya di tanah air sendiri, malah mendapat tempat di Indonesia dan hasilnya, ia menerima pulangan lumayan apabila berjaya mengaut RM19 juta hasil jualan tiket dengan bajet filem hanya RM1.6 juta sahaja.

Munafik mengisahkan Adam (Syamsul Yusof) pengamal perubatan islam yang tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya akibat kemalangan.

Filem ini bukan sahaja sukses dari segi kutipan tiket, juga juga menerima beberapa anugerah di Festival Filem Malaysia ke-28 termasuklah anugerah Pengarah Terbaik.

BoBoiBoy_The_Movies

2. Boboiboy: The Movie

Boboiboy: The Movie, filem animasi superhero tempatan ini bukan sahaja mendapat hati peminat kecil, malah mendapat pujian penonton dewasa.

Boboiboy merupakan pencabar terkuat dua filem terbaik tempatan 2016 iaitu Munafik dan Ola Bola. Namun kami meletakkan filem ini ditangga kedua pilihan kami kerana penerimaan peminat terhadap filem ini dan pencapaian di peringkat antarabangsa.

Filem animasi ini bukan sahaja ditayangkan di Malaysia, Indonesia dan Brunei, ia juga ditayangkan di Kazakhstan dan bakal ditayangkan dibeberapa negara asia seperti Thailand, Filipina, Vietnam dan Korea Selatan.

Boboiboy: The Movie telah mendapat pulangan kasar sebanyak RM17.5 juta dan bakal meningkat apabila ditayangkan dinegara-negara lain. Ia juga telah memenangi filem animasi terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-28

olabolabanner_thumbnail

1. Ola Bola

Filem terbaik tempatan 2016 pilihan kami, Ola Bola arahan Chiu Keng Guan. Filem yang mengamit nostalgia zaman kegemilangan pasukan Harimau Malaya.

Walaupun dicalit dengan beberapa kontroversi seperti sejarah perjalanan skuad Harimau Malaya yang tidak tepat, dan isu semasa di Festival Filem Malaysia, filem ini mendapat penerimaan meluas dikalangan peminat kerana berjaya jalan ceritanya yang begitu berkesan dan memberi makna mendalam dihati penonton.

Ola Bola telah mendapat kutipan tiket sebanyak RM16juta dan telah memenangi beberapa anugerah di Festival Filem Malaysia ke-28 dan juga Taipei Golden Horse Film Festival. Selain itu, ia menerima rating sebanyak 7.9/10 dilaman IMDB


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee