10 Filem Popular Adaptasi Dari Kisah Sebenar – Mengikut Ranking IMDb

0
714
views

Sebelum ini kami telah mengeluarkan 10 Filem Perang Moden Yang Diadaptasikan Dari Kisah Sebenar, kali ini, kami ingin berkongsi kepada pembaca laman blog Kakimuvee.net 10 Filem Adaptasi Dari Kisah Sebenar yang popular mengikut senarai yang dikeluarkan oleh laman web IMDb, laman web yang menghimpunkan segala data mengenai filem termasuklah rating dan populariti sesebuah filem.

Susunan filem-filem ini bukanlah berdasarkan rating, tetapi populariti dikalangan pengguna laman web IMDb, jadi jangan terkejut jika anda melihat rating-rating yang tidak tersusun mengikut 10 senarai paling atas. Jom kita lihat filem apakah yang paling popular mengikut laman web IMDb.

10. Captain Philips

Rating: 7.8/10

Dibintangi oleh Tom Hanks dan diarahkan oleh  Paul Greengrass, Captain Philips diadaptasikan dari kejadian yang menimpa pada Captain Richard Philips pada 2009 apabila kapal kargo yang diketuai olehnya telah dirampas oleh lanun Somalia semasa melalui perairan yang berdekatan dengan negara yang terkenal dengan aktiviti lanun. Kejadian yang menimpa pada Captain Philips adalah kejadian yang pertama berlaku pada kapal dagang US dalam tempoh 200 tahun. Filem ini juga adalah penampilan pertama pelakon dari Somalia, Barkhad Abdi

9. Gangster Squad

Rating: 6.7/10

Walaupun jalan cerita filem Gangster Squad adalah fiksyen, hakikatnya, filem bertemakan jenayah thriller ini diambil dari satu organisasi polis di Los Angeles yang dikenali sebagai Gangster Squad yang bertujuan untuk melumpuhkan aktiviti jenayah yang dilakukan oleh Mickey Cohen. Josh Brolin membawakan watak utama, John O’Mara individu yang menubuhkan skuad khas ini dalam jabatan polis Los Angeles

8. Lone Survivor

Rating: 7.5/10

Filem perang Afghanistan lakonan Mark Walhberg dan Eric Bana ini diadaptasikan dari operasi tentera US semasa di Afghanistan. Misi yang dimaksudkan adalah Operation Red Wing yang dilakukan pada Jun 2005 oleh 4 anggota SEAL yang diketuai oleh Marcus Luttrell. Misi tersebut adalah misi untuk menangkap atau membunuh ketua Taliban Ahmad Shah yang mana misi tersebut telah gagal dan kisah kegagalan mereka diadaptasikan dalam sebuah filem berjudul Lone Survivor

7. Rush

Rating: 8.1/10

Daniel Bruhl dan Chris Hemsworth bergandingan dalam sebuah filem sukan permotoran yang mengisahkan perseteruan utama diantara pelumba F1 Nikki Lauda dan James Hunt. Perseteruan antara kedua-dua pelumba ini cukup popular semasa era 70an kerana mereka berdua bersaingan untuk memenangi kejuaraan dunia dalam perlumbaan kereta itu.

6. Dallas Buyers Club

Rating: 8/10

Filem biografi mengenai Ron Woodroof yang merupakan seorang pesakit AIDS yang hanya mempunyai 30 hari sahaja untuk hidup.  Enggan mengalah, Woodroof mula menyeludup masuk ubat-ubatan alternatif yang boleh merawat penyakit AIDS yang dialaminya dan juga memberikan kepada rakan-rakannya untuk turut mempunyai penyakit yang sama. Dia bersama-sama beberapa orang rakannya telah menubuhkan Dallas Buyers Club dan kemudian mengedarkan ubat-ubatan yang diseludup kepada pesakit AIDS.

5. American Hustle

Rating: 7.3/10

Filem yang dibintangi oleh Christian Bale, Amy Adam, Bradley Cooper dan Jennifer Lawrence ini adalah adaptasi dari operasi ABSCAM yang dijalankan oleh FBI sekitar penghujung 70an hingga awal 80an. FBI telah meminta bantuan Melvin Weinberg, dan Evelyn Knight untuk merancang operasi tersebut dan memberi maklumat serta memerangkap ahli politik yang terlibat dengan rasuah.

4. The Conjuring

Rating: 7.5/10

Siapa yang menonton filem ini, pastinya tau filem seram arahan James Wan ini diadaptasikan dari pengalaman yang dialami oleh Ed and Lorraine Warren. Pasangan suami isteri ini merupakan penyiasat paranormal yang menyiasat kejadian-kejadian paranomal seperti gangguan hantu dan rasukan. Antara siasatannya yang diangkat menjadi filem era moden ini ialah siasatan patung yang dirasuk, Annabelle, kejadian yang dialami oleh Keluarga Perron yang mana ia diangkat menjadi filem ini, siasatan rumah hantu di Amityville, dan Enfield Poltergeist, gangguan yang dialami oleh sebuah keluarga di London,

3. 12 Years a Slave

Rating: 8.1/10

Filem ini diangkat dari memoir yang ditulis oleh Solomon Northup, yang menceritakan bagaimana dirinya ditipu dan kemudian dijual untuk dijadikan hamba. Northup asalnya dilahirkan di New York sebagai seorang yang bebas sebelum dipaksa menjadi hamba selama 12 tahun di Louisiana sebelum berjaya diselamatkan.

2. Fruitvale Station

Rating: 7.5/10

Ryan Coogler membuat debut menerusi filem ini. Dibintangi oleh Micael B. Jordan, Fruitvale Station diadaptasikan kejadian yang berlaku pada Oscar Grant yang dibunuh oleh anggota polis secara tidak sengaja. Filem ini menceritakan detik-detik akhir Oscar Grant sebelum beliau dibunuh. Kejadian yang berlaku pada Grant telah mencetuskan protes besar-besaran di US

1. The Wolf of Wall Street

Rating: 8.2/10

Leonardo DiCaprio plays Jordan Belfort in THE WOLF OF WALL STREET, from Paramount Pictures and Red Granite Pictures.

Mesti teringat dengan skandal 1MDB bukan? walaupun dikaitkan dengan skandal tersebut, filem lakonan Leonardo DiCaprio bukanlah mengisahkan tentang 1MDB, tetapi sebaliknya ia adalah kisah seorang lelaki bernama Jordan Belfort, seorang broker saham yang bijak melakukan jenayah memanipulasi pasaran saham dan penipuan semasa penghujung 90an. Lebih kurang sama seperti skandal 1MDB

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here