10 Filem Perang Terbaik Yang Pernah Dihasilkan (Alternate Version)

0
36
views

Filem perang adalah genre filem yang paling biasa dan banyak ditonton oleh kaki-kaki wayang. Namakan sahaja filem-filem perang popular yang pernah dihasilkan, pasti ramai yang pernah menontonnya. Saving Private Ryan, Fury, Hacksaw Ridge, Top Gun, Rambo, Black Hawk Down dan Platoon antara filem-filem perang popular yang anda semua tahu dan pernah anda tonton.

Jika kami senaraikan 10 filem perang terbaik sepanjang zaman, pasti anda akan merasa bosan dengan senarai kami kerana dalam senarai tersebut adalah filem-filem perang yang biasa sangat kita tonton semasa dirumah. Jadi kami disini ingin senaraikan 10 Filem perang terbaik yang pernah dihasilkan tapi dari versi yang berlainan. Enjoy!

10. Act of Valor

Dari segi jalan cerita dan acting sangat mudah dan biasa sahaja. Mengisahkan sebuah unit special force US Navy yang ditugaskan menyelamatkan ejen CIA yang ditangkap oleh pengganas. Kualiti lakonan sedikit kaku, tetapi boleh dimaafkan kerana hampir kesemua aktor dalam filem ini adalah anggota tentera dan ada yang masih berkhidmat semasa filem ini dihasilkan. Apa yang membuatkan filem berada dalam top 10 Kakimuvee adalah aksinya yang cukup pure dan realitistik dan hampir dengan situasi sebenar sekirannya unit tentera ini mengempur kubu musuh dan menyelamatkan tebusan. Agak teruja melihat gaya percakapan mereka semasa menjalankan operasi dan melihat taktikal sebenar mereka dalam filem ini.

Rating: 6.5/10

9. Rescue Dawn

Jika anda mempunyai dua pilihan iaitu filem Behind Enemy Line dan Rescue Dawn, saya cadangkan anda menonton filem ini walaupun kedua-dua mengisahkan tentang survival pilot yang kapal terbang mereka ditembak jatuh oleh musuh. Rescue Dawn ada adaptasi dari kisah benar dimana juruterbang pesawat pejuang Amerika, Dieter Dengler ditawan oleh penduduk kampung yang menyokong Vietnam semasa perang Vietnam. Dibintangi oleh Christian Bale, Rescue Dawn menceritakan bagaimana Dieter dan beberapa tawanan lain merancang untuk melarikan diri dari menjadi pusat tahanan. Tidak banyak aksi, tetapi story dan thriller dipenghujung cerita melayakkan filem ini berada dalam senarai top list Kakimuvee

Rating: 7/10

8. A Bridge Too Far (1977)

Filem perang klasik yang dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal pada masa itu seperti Sean Connery, Michael Cain, Dirk Bogarde, Anthony Hopkins dan ramai lagi. A Bridge Too Far adalah adaptasi dari peristiwa sebenar yang berlaku pada di penghujung Perang Dunia Kedua. Pihak Berikat telah melancarkan satu operasi besar-besaran yang dinamakan Operation Market Garden dengan tujuan untuk memaksa tentera Nazi berundur sehingga ke negara sendiri dan menamatkan perang dunia kedua. Banyak aksi perang klasik ditunjukkan dalam filem ini dan setiap detail dan misi-misi dalam Operation Market Garden turut ditunjukkan. Sesuai untuk mereka yang gemarkan filem-filem perang keluaran tahun 60an – 70an.

Rating: 7/10

7. Glory (1989)

Antara filem Civil War Amerika yang paling saya minati. Kebiasaanya kita disajikan hero atau tentera berkulit putih dalam filem-filem perang sebegini, tetapi Glory sebaliknya. Ia menceritakan sekumpulan tentera berkulit hitam yang berjuang dalam Tentera Union iaitu angkatan tentera yang menentang perhambaan. Plot filem ini cukup mantap dan aksi perangnya cukup hebat untuk anda tonton. Dibintangi oleh Denzel Washington, Morgan Freeman, Matthew Broderik dan Cary Elwes.

Rating: 8/10

6. Born on the Fourth of July

Anti-war film, tiada aksi melainkan kisah bekas seorang veteran perang Vietnam, Ron Kovic. Ia merupakan sebuah filem biographical drama lakonan Tom Cruise yang menceritakan kehidupan Kovic yang mengalami gangguan mental selepas lumpuh semasa menjalankan tugas di Vietnam. Beliau kemudiannya menjadi seorang aktivis anti-perang dan berjuang menentang Perang Vietnam

Rating: 8/10

5. Memphis Belle (1990)

Salah satu filem dogfight perang dunia kedua yang wajib anda tonton. Memphis Belle mengisahkan krew kapal terbang pengebom Amerika semasa perang dunia kedua iaitu Memphis Belle yang menjalankan misi mengebom tempat-tempat strategik di negara German. Anda boleh melihat ketegangan dan aksi krew kapal terbang ini apabila berhadapan dengan serangan tentera udara Nazi yang cuba mempertahankan tempat strategik mereka. Antara babak menarik dan tragik dalam filem ini adalah babak dimana kapal terbang rakan mereka terbelah dua dan menjunam mencecah bumi.

Rating: 8/10

4. Das Boot (1981)

Sekali sekala menonton sisi pihak Nazi dalam filem-filem perang dunia apa salahnya bukan? Das Boot adalah sebuah filem perang submarine yang mengisahkan krew kapal selam U-96 yang menjalankan misi memburu kapal-kapal dagang di lautan Atlantik. Filem ini sangat thrill & suspen terutamanya semasa babak-babak kapal selam tersebut diburu oleh Destroyer pihak berikat. Anda akan dapat melihat ketegangan yang dihadapi oleh krew kapal dalam menjalankan misi mereka di lautan. Storyline yang sangat menarik dan acting yang cukup berkesan dari pelakon-pelakon Jerman dalam filem ini. Das Boot diarahkan oleh Wolfgang Petersen, salah seorang pengarah tersohor diera 80an

Rating: 8.5/10

3. The Lost Battalion (2001)

The Lost Battalion, kisah satu Battalion tentera US yang terkepung semasa Perang Dunia Pertama. Walaupun ia sekadar tv filem, tetapi kualiti filem seakan-akan filem perang. Cinematography, dialog, story dan aksinya cukup hebat. Anda dapat saksikan pure action dan gambaran sebenar situasi medan perang sewaktu Perang Dunia Pertama dimana perang tersebut boleh dikatakan agak kejam berbanding situasi medan perang dunia kedua. Berbaloi untuk anda tonton

Rating: 8.5/10

2. Crimson Tide (1995)

Jika anda pengemar komposer Hans Zimmer, pasti anda tahu filem ini. Crimsom Tide adalah sebuah filem submarine yang diterbitkan pada tahun 1995 dan dibintangi oleh Denzel Washington dan Gene Hackman. Mereka yang menonton filem ini akan dapat rasakan thrill dan ketegangan yang berlaku dalam kapal selam USS Alabama apabila dua pegawai tertinggi dalam kapal selam tersebut berbalah mengenai satu pesanan yang tidak lengkap yang mereka terima dari pusat pemerintah. Selain storyline yang kuat, kualiti lakonan kedua-dua pelakon utama tersebut cukup hebat dan menjadi. Ditambah pula dengan skor dari Hans Zimmer, menjadikan filem ini sangat menarik untuk ditonton.

Rating: 9/10

1 Downfall (2004)

Pernah tengok video mengamuk Hitler yang sering diparodikan oleh youtubers? klip video tersebut diambil dari filem Downfall yang diterbitkan pada tahun 2004. Filem historical drama dari produksi Jerman ini mengisahkan hari-hari terakhir Nazi Jerman dan Hitler dipenghujung perang dunia kedua. Drama, emosi, konflik serta sedikit aksi akan anda dapat tonton dalam filem ini dan yang paling penting, anda boleh lihat kualiti aktor yang membawakan watak Hitler iaitu Bruno Ganz yang boleh dianggap sangat “power” dan sangat berkesan. Malah beliau juga dapat meniru suara sebenar bekas diktator tersebut semata-mata mahu menghidupkan watak tersebut.

Rating: 9/10

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here