Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

10 filem aksi terbaik yang pernah dihasilkan.


Peminat filem – filem aksi? filem aksi adalah salah satu genre yang menjadi pilihan penonton yang ingin menonton filem dan sering kali dihasilkan oleh syarikat – syarikat produksi Hollywood. Ini kerana kebanyakan penonton gemarĀ melihat aksi pertempuran, tembakan,Ā aksi stunt dan babak penjahat dibunuh.

Banyak kategori filem bergenre aksi ini boleh dilabelkan seperti filem perang, polis, spy, dan macam – macam lagi, asalkan terdapat aksi ianya boleh dikira sebagai filem bergenre aksi. Terdapat juga bukan filem perang yang lebih kepada drama dan romantik? Jadi macamana pun jalan cerita filem itu, kalau ia penuh dengan aksi, bolehlah kita labelkan filem tersebut bergenre aksi.

Disini terdapat 10 filem aksi terbaik yang pernah dihasilkan(Hasil rujukan dari beberapa website). Filem tersebutĀ bukan sekadar aksi, tapi kejayaan filem tersebut di layar perak, teknik pengambaran dan jalan cerita yang menarik. Bagaimana top 10 filem aksi anda? listkan pada ruangan komen.

raidersofthelostark

1. Raider of the Lost Ark (1981)

Filem Indiana Jones ini pernah menghadapi masalah apabila tiada studio ingin melabur dalam pembikinan filem ini. Walaupun filem ini diarahkan oleh Steven Spielberg dan di tulis oleh George Lucas (dua nama besar dalam industri Hollywood pada mas itu), tidak siapa ingin mengambil risiko menghasilkan filem aksi ini, sehinggalah pihak Paramount Pictures menyatakan kesanggupan mereka untuk melabur dalam filem ini.

Hasilnya, filemĀ Raider of the Lost ArkĀ ini telah berjaya mendapat tempat dikalangan penonton yang inginkan filem aksi. Dilakonkan oleh Harrison Ford, Paul Freeman dan Ronald Lacey telah menerima feedbackĀ positif dari penonton dan para pengkritik. Aksi stunt yang asli dan hasil kerja kameraman yang terbaik antara sebab filemĀ Raider of the Lost ArkĀ ini sukses.


first-blood

2. First Blood (1982)

Filem pertama Rambo terkenal bagi peminat filem Hollywood di Malaysia. Sylvester Stallone berjaya menghasilkan satu lagi watak iconic selepas Rocky Balbao. Filem aksi / thriller ini mengisahkan veteran tentera, Rambo yang cuba pulang ke ke kampung halamannya tetapi menghadapi masalah apabila diseksa oleh polis di tempat itu, kesannya, Rambo teringat kembali pengalaman ngeri semasa perang dan mencetuskan huru hara di pekan tersebut.

FilemĀ First BloodĀ ini adalah pelopor untuk filem – filem Rambo selepas itu. Filem ini dikatakan propaganda America untuk menunjukan kekuatan tentera America dan menutup malu semasa kekalahan mereka di Vietnam.

Lethal-Weapon-

3. Lethal Weapon (1987)

Terdapat moral dalam filem aksi polis ini iaitu pentingnya persahabatan, pelik bukan? dalam aksi ada moral. Gandingan mantapĀ Mel GibsonĀ danĀ Danny Glover berjaya menghasilkan filem aksi terbaik pada masa itu. Kejayaan filem Lethal WeaponĀ ini membawa kepada sequel filem ini iaituĀ  Lethal Weapon 2 (1989),Lethal Weapon 3 (1992) and Lethal Weapon 4 (1998). Selain itu juga,Ā Lethal Weapon RebootĀ  juga bakal dihasilkan.

die-hard-main

4. Die Hard (1988)

Filem aksi paling asli sekali, tiada CGI tiada kamera trick, malah filem aksi paling mudah untuk difahami, hero datang dan menghapuskan penjahat tanpa penonton perlu berfikir tentang jalan cerita. John McClane lakonan Bruce Willis juga dikatakan watak Hero paling susah untuk mati walaupun terkena macam – macam impak seperti tembakan, letupan ataupun dipukul.

FilemĀ Die HardĀ ini mengisahkan John McClane yang ingin menghapuskan sekumpulan penganas German yang menyerang Nakatomi Plaza. Dan teka, filem ini masih mendapat tempat di hati penonton walaupun sudah 25 tahun dihasilkan. Selain itu juga, watak penjahat yang dibawa oleh Alan Rickman adalah antara penjahat terbaik pernah dihasilkan.

Terminator-2-2

5. Terminator 2: Judgement Day (1991)

Selepas kejayaan filemĀ Terminator,Ā pengarah James Cameron menghasilkan sequel kedua siri Terminator iaituĀ Terminator 2: Judgement DayĀ dengan spoiler filem ini Arnold Schwarzenegger membawa watak Terminator baik. Filem ini juga adalah pelopor kepada penggunaan teknik CGI dan juga kesan khas juga dikatakan terbaik pada masa itu. Selain dari aksi yang diterapkan, babak sedih di akhir cerita memberi kesan mendalam kepada penonton. Teknik pengambara, kesan – kesan khas, jalan cerita, thriller dan babak emosi dalan filem ini adalah sebab kenapa filemĀ ini antara filem aksi yang terbaik pernah dihasilkan.

point break

6. Point Break (1991)

Ini adalah filem pertama berbudget tinggi yang dibintangi oleh Keanu Reeves. Filem aksi ini mengisahkan ejen FBI (lakonan Keanu Reeves) yang menyamar dan menyusup kedalam sekumpulan surfers yang dipecayai adalah kumpulan perompak bersenjata. Filem ini dipenuhi aksi sehinggakan penonton memberi 100% tumpuan terhadap jalan cerita filem ini semata-mata ingin mengetahui apakah yang akan terjadi pada setiap babak.

Disebabkan populariti dan kejayaan filem ini pada tahun 1991, pihakĀ Alcon Entertainment and Warner Bros telah menghasilkan remake untuk filem ini dan bakal ditayangkan pada 25 Disember nanti.

Bad_Boys-11

7.Ā Bad Boy (1995)

Filem ini adalah filem pertama pengarah yang terkenal dalam menghasilkan filem aksiĀ iaitu Michael Bay. Pernah berkerjasama dengan George Lucas, Michael Bay diberi kepercayaan oleh pihak produksi untuk menghasilkan filem ini. Filem ini juga mengangkat populariti Will Smith dari pelakon siri televsyen kepada bintang filem.

Filem aksi / komedi ini mengisahkan dua anggota polis (Lakonan Will Smith dan Martin Lawrence) memburu mafia yang menjalankan aktiviti penjualan dadah di kawasan Miami.

matrix

8. The Matrix (1999)

Filem ini membawa kepada trend terbaru dalam penghasilan filem – filem Hollywood selepas itu, ini kerana pengarah filem ini menggunakan teknologi komputer dan efek kamera dalam menghasilkan pergerakan dan aksi. Ingat efek “bullet time”? bagaimana Neo mengelak peluru? dan juga aksi pertempuran antara Smartly dan Neo yang banyak menggunakan kamera trick. Selain itu juga, aksi pertempuran mereka mirip kita melihat filem – filem Kung Fu.

Cinematography yang menarik, aksi pertempuran, dan jalan cerita yang fresh dan baru adalah sebab The Matrix layak menduduk carta top 10Ā ini. Oh tidak lupa, lakonan Keanu Reeves, Hugo Weaving dan Laurence Fisburne juga tidak mengecewakan dalam filem ini.

the-bourne-ultimatum-1

9. The Bourne Ultimatum (2007)

Dalam banyak – banyak siri filem Jason Bourne, The Bourne UltimatumĀ adalah yang terbaik sekali. Dibintangi oleh Matt Damon dan diarahkan oleh Paul Greengrass dan ia merupakan sequel ketiga dalam siri filem Jason Bourne. Filem ini mengisahkan Jason Bourne yang mencari identitinya selepas diburu oleh bekas majikan beliau.

Menggunakan teknik “shaky cam”, pengarah filem Greengrass berjaya membuktikan teknik tersebut mampu menghasilkan gambar aksi yang asli dan real. Selain itu aksi stunt filem ini sangat sempurna, ini kerana Greengrass sangat menekankan aksi stunt dan dia akan lakukan latihan dan pratikal sebelum merakamkan babak stunt tersebut.

1290-the-raid-redemption

10. The Raid: Redemption (2012)

Jika anda ingin melihat aksi Pencak Silat, anda boleh menonton filem ini. Filem aksi dari Indonesia ini adalah hasil arahan pengarah dari Wales, Gareth Evan dan lakonan Iko Uwais. Ini adalah kolaborasi kedua antara pengarah dan pelakon tersebut selepas filemĀ Merantau. Filem ini tidak menggunakan teknik CGI sebaliknya teknik kamera dan aksiĀ choreography yang extreme adalah sebab kenapa filem ini antara filem aksi terbaik. Filem ini memenangi beberapa anugerah dalam festival filem antarabangsa.

Filem ini juga satu – satunya filem luar Hollywood yang mendapat tempat dikalangan penonton di Amerika yang meminati filem aksi dan banyak daripada mereka ingin filem ini dibuat dalam versi Hollywood.


Related posts

15 Pelakon Aksi Wanita Paling Hebat Dalam Sejarah Hollywood

Kakimuvee

“Geran” & “Wira” Berada Dalam Senarai Top 10 Filem Aksi/Seni Bela Diri Asia Terbaik 2020

Kakimuvee

Christopher McQuarrie Goda Aksi Stunt Yang Cukup Gila Dalam Gambar BTS Mission Impossible 7

Kakimuvee

Filem Aksi Hard-Boiled Deliver Us From Evil (DUFE) Akan Menemui Penonton Tempatan 17 September Ini!

Kakimuvee

Hyun Bin & Yoo Hae Jin Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Sekuel ā€œConfidential Assignmentā€

Zulaikha

“Deliver Us From Evil” Menjadi Filem Pertama Sejak Februari Yang Lepasi 4 Juta Penonton!

Zulaikha