10 Filem Adaptasi Karya Stephen King Yang Wajib Anda Tonton

0
29
views

Stephen King atau juga dikenali sebagai Stephen Edward King adalah novelist terkenal yang sering hasilkan novel-novel berunsur horror, supernatural fiction, suspense, science fiction, dan juga fantasi. Karyanya sering kali diterjemahkan dalam bentu filem, siri tv dan juga telefilem.

Kami disini ingin kongsikan 10 filem adaptasi karya Stephen King yang menarik dan wajib anda tonton.

10. The Dark Tower (2017)

Walaupun filem sains fantasi ini kurang mendapat sambutan daripada penonton, filem The Dark Tower antara filem yang wajib anda tonton kerana filem ini akan mewujudkan universe nya sendiri dimasa akan datang. The Dark Tower mengisahkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Gun Slinger memburu ahli sihir demi mengelakkan dunia dimusnahkan oleh penjahat terbabit.

9. The Mist (2007)

Filem sains fiksyen horror ini diadaptasikan dari novel The Mist yang diterbitkan pada tahun 1980. Ia mengisahkan sekumpulan ‘survivor’ yang cuba menyelamatkan diri dari kabus misteri yang akan membunuh sesiapa sahaja yang terperangkap dalam kabus tersebut. Anda boleh saksikan bagaimana mereka cukup terdesak dalam usaha menyelamatkan diri dari kabus tersebut.

8. Carrie (2013)

Carrie diterbitkan pada tahun 2013 mengisahkan seorang remaja yang bernama Carrie dan mempunyai kuasa telekinetik. Beliau merupakan remaja yang sangat sensitif, suka mengasingkan diri serta hidup bersama ibunya yang merupakan fanatik agama. Carrie diadaptasikan dari novel berjudul sama yang diterbitkan pada tahun 1974. Filem supernatural horror ini boleh dikatakan sangat menarik dari segi plot dan karakter. Ianya dibintangi oleh Chloë Grace Moretz, Julianne Moore dan beberapa pelakon lain.

7. Pet Sematary (1989)

Apabila seekor kucing kembali hidup selepas ditanam disebuah kuburan, seorang doktor cuba menghidupkan kembali anaknya yang telah mati akibat kemalangan di kubur tersebut, walaupun anaknya kembali hidup, kehidupan dan personaliti anaknya cukup berbeza berbanding sebelum ini. Filem seram ini pasti memberikan elemen seram kepada pengemar filem-filem seperti ini. Remake filem ini sedang dalam perancangan dan akan ditayangkan tidak lama lagi.

6. Secret Window (2004)

Filem psikologikal horror thriller yang dibintangi oleh Johnny Deep ini mengisahkan Morton “Mort” Rainey, seorang penulis yang merasakan dirinya sedang diintip oleh seorang lelaki yang menuduhnya meniru salah satu penulisan lelaki tersebut. Beliau beberapa kali cuba melarikan diri dari menjadi buruan lelaki misteri tersebut, namun dipenghujung filem ini ia memberi kejutan kepada penonton akan kisah sebenar lelaki bernama Morton Rainey itu.

5. Misery (1990)

Filem psikologikal thriller ini telah mendapat pujian disebabkan kualiti lakonan Kathy Bates yang membawakan watak Anne Wilkes, seorang jururawat yang cukup psikotik. Ia mengisahkan seorang novelist, Paul Sheldon yang telah diseksa oleh Anne Wilkers gara-gara Sheldon telah membunuh salah satu watak kegemaran jururawat terbabit dalam novel tulisan beliau.

4. The Shining (1980)

Filem arahan Stanley Kubrick diadaptasikan dari novel The Shining yang diterbitkan pada tahun 1977. The Shining dianggap antara filem horror terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang zaman. Malah filem ini telah dijadikan bahan rujukan dan perbincangan dikalangan pengkritik serta pembikin filem. Bagi yang gemarkan filem-filem horror, jadikan filem ini sebagai filem nombor satu untuk anda tonton.

3. The Green Miles (1999)

Kombinasi sebuah novel yang menarik serta para pelakon yang mantap telah membawa filem The Green Miles ke anugerah Academy dan telah tercalon dalam 4 kategori anugerah tersebut. Walaupun filem ini dibintangi oleh Tom Hanks, tetapi lakonan Michael Clarke Duncan sebagai banduan kulit hitam berbadan besar dan mempunyai abiliti supernatural benar-benar mencuri perhatian penonton filem ini. The Green Miles ini mengisahkan seorang banduan kulit hitam, John Coffey yang sedang menunggu hukuman mati disebabkan kesalahan membunuh.

2. It (2017)

Filem IT telah mencetuskan fenomena filem seram pada tahun ini. Ia bukan sahaja berjaya menarik ramai penonton ke panggung wayang, malah menjadi filem seram R-rated paling laku sepanjang zaman, mengalahkan rekod filem The Exorcist. It telah dianggap sebagai filem adaptasi Stephen King paling terbaik pernah dihasilkan oleh para pengkritik. Sekuel IT akan ditayangkan pada tahun 2019.

1 The Shawshank Redemption (1994)

Filem bergenre drama yang diadaptasikan dari novel Rita Hayworth and Shawshank Redemption. The Shawshank Redemption dianggap filem terbaik sepanjang zaman sehinggakan Kongres Perpustakaan Amerika mengangkat filem ini sebagai khazanah negara. Filem ini boleh dikatakan sangat sempurna dari pelbagai aspek. The Shawshank Redemption mengisahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh isteri dan kekasih isterinya dan menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Shawshank. Penghujung filem ini memberi akan satu elemen “wow!” kepada penonton yang belum pernah menonton filem terbaik ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here