10 Fakta Menarik Filem American History X

0
718
views

American History X merupakan antara filem bertemakan Skinhead/Punk yang terkenal dikalangan peminat-peminat filem. Jika anda tanya kepada pengemar tegar filem, pasti mereka tahu tentang filem yang mengangkat budaya skinhead Nazi ini. Jika anda sekadar dari tajuk dan poster filem, pasti anda akan mengatakan filem ini tidak bagus untuk ditonton kerana menggalakan budaya rasis dikalangan masyarakat.

Tetapi sebaliknya, American History X telah menyampaikan satu mesej yang sangat kuat kepada audience bahawa budaya perkauman ini harus dikikiskan. Kini filem arahan Tony Kaye dan lakonan Edward Norton telahpun berusia 20 tahun sejak diterbitkan pada tahun 1998.

Berdasarkan dari artikel asal Movieweb.com, kami di Kakimuvee ingin kongsikan 10 fakta menarik mengenai filem ‘white supremacist’ ini.

1 American History X Diinspirasikan dari kisah benar

David McKenna, membuat penampilan pertama dalam dunia perfileman dengan menghasilkan skrip filem American History X. Filem yang dihasilkan ini boleh dikatakan inspirasi dari kisah sebenar. Beliau mengambil kisah hidup bekas ‘White supremacist’, Frank Meeink semasa didalam penjara. Frank Meeink dipenjarakan selama 3 tahun, sama tempoh yang dikenakan oleh Derek, watak utama filem ini dan kisah Meeink berubah dari seorang ‘white supermacist’ disebabkan bergaul dengan banduan pelbagai etnik diadaptasikan dalam filem American History X. Frank Meeink kini telah menjadi seorang pensyarah dan menentang sifat perkauman.

2. Edward Norton bukanlah pilihan pertama untuk watak Derek

Pada awalnya, aktor Joaquin Phoenix dipilih untuk membawakan watak Derek dalam filem ini, namun beliau menolaknya. Edward Norton pula, semasa menerima watak filem ini, beliau menolak tawaran untuk berlakon dalam Saving Private Ryan yang mana beliau ditawarkan untuk membawa watak Private Ryan.

3. Pengarah Tony Kaye merupakan pengarah muzik video

Pengarah dari British, Tony Kaye tidak pernah mengarahkan mana-mana filem sebelum mengarahkan filem American History X. Beliau merupakan pengarah muzik video dan antara muzik video arahannya adalah “Runaway Train nyayian Soul Asylum, Dani California nyayian Red Hot Chili Peppers dan banyak lagi. Sepanjang kariernya sebagai pengarah, beliau hanya mengarahkan 5 filem termasuk 2 filem dokumentari.

4. Tony Kaye tidak mahu Edward Norton sebagai watak utama

Tony Kaye tidak dimaklumkan bahawa Edward Norton akan membawakan watak Derek Vinyard dalam filem ini. selepas mengentahuinya, beliau mendedah sebenarnya tidak ‘berkenan’ dengan aktor tersebut. Sebabnya, Edward Norton tidak mempunyai ciri-ciri seorang ‘anarchic’ yang diperlukan dalam filem ini dan fizikalnya yang tidak sesuai. Bagaimanapun, pada tahun 2002, beliau memuji aktor ini kerana sama-sama membantu untuk menambah skrip filem American History X

5. Edward Norton memberikan komitmen yang tinggi untuk filem ini

Edward Norton menunjukan ciri-ciri yang diperlukan sebagai seorang aktor dengan memberikan komitmen yang sangat tinggi. Beliau berusaha keras menambah berat sebanyak 20 pound dan benar-benar menghayati wataknya untuk filem ini. Usahanya berbaloi apabila dicalonkan sebagai Aktor Terbaik dalam Academy Award. Malah beliau turut bersama-sama dengan editor untuk melihat hasil filem ini.

6. Komuniti muzik anti Nazi berlakon sebagai pelakon tambahan

Komuniti Hardcore Punk terkenal kerana menentang pergerakan Neo-Nazi. Kumpulan-kumpulan muzik mereka sering menyanyikan lagu yang mengajak orang ramai untuk membuang perasaan perkauman. Dan mereka ini sering berseteru dengan Skinhead yang racist atau juga dikenali sebagai Bonehead di kelab-kelab dan juga di festival musik. Komuniti muzik Orange County hardcore, salah satu scene Hardcore Punk di US telah terlibat dalam filem ini sebagai pelakon tambahan dan menjadi Bonehead. Antara band-band yang terlibat sebagai pelakon tambahan adalah 1134, Mean Season, dan The Third Degree

7. Studio New Line tidak berpuas hati dengan hasil akhir filem American History X 

Penerbit filem New Line tidak suka dengan hasil pertama filem American History X dah telah mengarahkan Tony Kaye untuk menghasilkan semula hasil akhir filem berkenaan. Studio berkenaan memberikan tempoh selama 8 minggu untuk beliau selesaikan. Pengarah tersebut bagaimanapun mendedahkan kepada Guardians bahawa beliau telah berusaha untuk hasilkan versi kedua filem American History X, tetapi New Line Cinema tidak membenarkannya untuk menyiapkan filem tersebut.

8. Edward Norton turut terlibat dalam proses ‘editing’

Selepas New Line menolak versi Tony Kaye, Edward Norton duduk bersama-sama editor Jerry Greenberg untuk menghasilkan proses olahan ketiga yang juga hasil akhir untuk filem ini. Hasil akhir ini diterima oleh New Line, tetapi ia menyebabkan Tony Kaye berang. Pengarah tersebut pernah mengambil salinan VSH filem ini versi olahan Edward Norton dan mencampakkan ke dalam lubang tandas. Malah semasa mesyuarat dengan eksekutif New Line mengenai hasil akhir filem beliau, beliau membawa rabbi, paderi dan sami untuk membantunya.

9. Tony Kaye mahu namanya dibuang dari kredit filem American History X

Disebabkan hasil akhirnya ditolak dan hasil akhir versi Norton diterima oleh New Line, beliau telah meminta namanya tidak diletakkan dalam kredit filem American History X. Bagaimanapun, Director Guild America tidak membenarkannya. Sebab Kaye berbuat demikian kerana dia tidak berpuas hati dengan hasil akhir filem berkenaan yang bukan dari visi beliau.

10. Versi Norton 20 minit lebih panjang dari versi asal.

Hasil akhir yang turut dihasilkan oleh Edward Norton berdurasi 20 minit lebih panjang dari versi pengarahnya. Pengarahnya mendakwa, Edward sengaja memanjangkan filem tersebut bagi memberikan lebih masa kepada aktor tersebut untuk menonjol didalam filem. Sejak dari kontroversi filem American History X, Tony Kaye tidak menghasilkan filem dalam tempoh beberapa tahun. Bagi Norton pula, apa yang terjadi pada Kaye berlaku padanya semasa berlakon dalam filem The Incredible Hulk. Norton telah mengubah skrip filem Hulk tersebut dan turut campurtangan dalam proses ‘post’ produksi. Bagaimanapun, hasil akhir filem superhero tersebut yang dihasilkan oleh beliau dan pengarahnya ditolak oleh Universal Pictures dan sebaliknya, studio berkenaan men’rilis’kan versi lain. Disebabkan kecewa, Edward Norton meninggalkan watak tersebut yang kini diberikan kepada Mark Ruffalo.

Sumber: Movieweb

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here