10 Babak Filem Yang Paling Kerap Ditekan Butang ‘Pause’

0
203
views

Pernah tak kita buat macam ini setiap kali menonton filem, tekan butang “pause” dan kemudian ulang kembali babak tersebut semata-mata mahu melihat babak tersebut dengan lebih teliti ataupun melihatnya berulang kali. Tahukah anda, sebuah laman web filem British, LOVEFiLM telah membuat undian dikalangan pelawat laman web tersebut dimana hampir 1.6 juta telah mengundi babak-babak yang paling kerap mereka menekan butang ‘pause’, dan hasilnya 10 filem telah terpilih dalam senarai 10 babak yang paling kerap ditekan butang ‘pause’. Disini senarai babak filem yang kami ingin kongsikan kepada anda semua.

1. Sharon Stone menukar kedudukan kaki – Basic Instinct (1992) – 31 %

Dalam babak filem Basic Instinct ini, penonton kerap menekan butang ‘pause’ di babak pelakon hot masa itu, Sharon Stone menukar kaki yang disilangkanya. Babak itu dibuat dengan tujuan untuk mengoda karakter Michael Douglas.

2. Jennifer Lopez berlari selepas melihat perut – The Back-Up Plan (2010) – 16%

Jennifer Lopez bukan sahaja dikenali sebagai seorang penari, penyanyi, pelakon dan juri, tetapi juga asetnya iaitu punggungnya. Dalam filem The Back-Up Plan, penonton kerap menghentikan babak Jennifer Lopez sedang melihat perutnya. Sebab? tidak diketahui 🙂

3. Stormtrooper terhantuk kepala – Star Wars – Episode IV – A New Hope (1977) – 15%

Peminat filem Star Wars ini cukup tahu klip ini. Ia sebenarnya sangat lawak dimana seorang Stormtrooper terhantuk kepalanya. Rasanya, mesti ramai tidak perasan moment ini kan? bukan sahaja anda tekan butang ‘pause’, tetapi anda mesti ulang banyak kali babak tersebut.

4. Jamie Lee Curtis membuka baju – Trading Places (1983) – 8%

Penonton filem Hollywood pada zaman itu tidak pernah menyaksikan Pelakon Jamie Lee Curtis menunjukan bahagian sulitnya sehinggalah pada tahun 1983 apabila filem Trading Place ditayangkan dan penonton buat pertama kalinya dapat melihat dia menanggalkan pakaiannya.

5. Aksi menggoda Jessica Rabbit – Who Framed Roger Rabbit (1988) – 6%

Jessica Rabbit adalah kartun animasi paling seksi sekali, bukan sahaja penampilannya, malah suaranya juga.

6. Bayangan Brad Pitt di Hospital – Fight Club (1999) – 5%

Fight Club, filem arahan David Fincher dan berdasarkan dari novel Chuck Palahniuk. Filem ini paling banyak moment-moment yang penonton selalu ulang tayang kerana kesilapan teknikal semasa proses post processing, antaranya bayangan Brad Pitt di hospital.

7. Perisai Captain America di atas meja – Iron Man 2 (2010) – 4%

Dalam filem ini, anda akan perasan perisai Captain America, tindakan ini sengaja dilakukan oleh Jon Favreau bagi memberi hint kepada penonton bahawa ayah Tony Stark, Howard Stark adalah antara saintis yang membantu mencipta Captain America.

8. Debu yang tertulis perkataan yang tidak sepatunya – The Lion King (1994) – 3%

Sebelum wujudnya Youtube, klip dari filem The Lion King ini adalah klip pertama yang menjadi viral. Ini disebabkan team animasi Disney telah secara tidak sengaja meletakkan mesej tersembunyi yang ditulis perkataan yang tidak sepatutnya semasa debu berterbangan.

9. Pacman cameo – Tron (1982) -2%

Tron (1982) adalah filem asal Tron, dalam filem ini anda akan nampak salah satu permainan yang sangat popular pada zaman 80-an, iaitu Pacman.

10. Nicole Kidman tidak memakai baju dari belakang – Eyes Wide Shut (1999) – 1%

Nicole Kidman adalah pelakon wanita yang cantik dan terkenal, dan babak pelakon tersebut menanggalkan pakaian dalam filem arahan Stanley Kubrick antara babak yang paling kerap penonton menekan butang ‘pause’

Jadi, macam mana dengan 10 senarai diatas? dari 10 senarai, 5 babak tersenarai semata-mata mahu melihat aksi seksi aktres filem tersebut, mesti yang undi senarai-senarai ini banyak pelawat lelaki rasanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here